Resepi Daging Pekasam “Power”
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Daging Pekasam. Pernah cuba tak? Perghh… Memang sedap!
Jika dahulu ikan pekasam membantu menaikan selera seseorang ketika menikmati hidangan, tetapi sekarang dah ada saingan. Kini, daging pekasam pula yang mendapat tempat. Bahkan, disebabkan penangan daging pekasam ini juga, ada yang sanggup menikmatinya ketika berbuka puasa dan bersahur tanpa jemu!
Anda yang belum pernah menikmati keenakan daging pekasam, anda harus mencubanya.Jika makan nasi hanya berlaukan daging pekasam ini pun sudah boleh membangkitkan selera.
Daging pekasam ini boleh digoreng bersama potongan bawang merah, bawang putih dan juga lada besar. Tak pun, daging pekasam masak lemak cili api. Cara membuatnya, sama juga macam anda masak, ayam masak lemak cili api ataupun ikan masak lemak cili api. Berikut Resepi Daging Pekasam, selepas ini bolehlah anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Selamat Mencuba!
Dapatkan Juga: Resepi Masak Lemak Ketam Berapi
Cara Membuat Daging Pekasam;
1. Sekilo daging. Bersihkan dan potong daging ikut saiz yang anda kehendaki.
2. Perap daging dengan garam kasar (anggaran: 1 1/2 sudu besar) dan asam keping (anggaran: 30 keping).
3. Susun berselang seli dengan asam keping.
4. Buat bersilih ganti sehingga selesai kesemuanya.
5. Tutup bekas berisi daging pekasam itu kemas-kemas.
6. Selepas seminggu barulah boleh dimasak daging pekasam tersebut.
Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda.
No Comment