Resepi Ayam Goreng Berempah
Ayam goreng termasuk dalam kategori masakan yang cukup mudah untuk disediakan. Tak lebih daripada 30 minit, dah siap!
Resepi Ayam Goreng Berempah ini cukup istimewa. Biarpun proses pengolahan daripada membersihkan sehingga eposid goreng-menggorengnya tidak memerlukan masa yang lama, namun rasanya tetap sedap dan nikmat habis! Sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka puasa atau bersahur.
Jom, semak Resepi Ayam Goreng Berempah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan;
1 ekor ayam, dipotong dan cuci bersih.
Air, secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.
Rempah Untuk Ayam Goreng (dikisar halus)
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 cm kunyit
2 cm halia
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh air asam Jawa
1 sudu teh gula
2 sudu teh garam
8 batang serai
Cara Membuat Ayam Goreng Berempah
1. Ayam yang sudah dipotong, dibersihkan dan dimasukkan ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan semua bahan rempah yang sudah dikisar halus.
3. Tambahkan sedikit air.
4. Gaul rata ayam tersebut bersama rempah tersebut.
5. Biarkan diperap lebih kurang selama 15 minit (lagi lama lagi bagus, supaya perapan tersebut lebih meresap).
6. Persiapan untuk menggoreng, panaskan minyak dan goreng ayam singga berwarna kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan.
8. Hidang sedia untuk disajikan bersama nasi panas!
Selamat mencuba Resepi Ayam Goreng Berempah yang cara membuatnya cukup mudah, cepat dan sangat enak ini.
Kredit foto: manisakatering
No Comment