Merawat Bibir Hitam Akibat Penggunaan Lipstik Yang Salah Agar Kembali Cerah
Kredit foto: florentijn
Merawat Bibir Hitam.Senyuman anda pasti nampak lebih menawan jika disulami dengan bibir yang cerah! Jadi, selesaikan masalah bibir hitam!
Tahukah anda bahawa bibir merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang cukup terdedah? Bibir merupakan salah satu bahagian tubuh yang sangat terdedah kepada cahaya matahari.Bibir tidak mempunyai melanin iaitu pigmen kulit yang berfungsi untuk menangkis sinar ultraviolet yang dipancarkan oleh cahaya matahari.Jadi, sebab itulah bibir menjadi sangat terdedah jika terkena matahari.
Kenapa bibir anda hitam sedangkan anda tidak pernah merokok dan sebagainya? Adakah ini merupakan tandaketurunan bibir hitam? Untuk pengetahuan anda, bibir hitam juga boleh disebabkan penggunaan lipstik atau gincu bibir itu sendiri. Ada beberapa petua yang boleh anda praktik supaya bibir tidak hitam selepas memakai lipstik.
Cara berkesan merawat bibir hitam akibat kesan penggunaan lipstik yang salah :
1. Sapukan madu
Anda boleh cuba menyapu madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Kita mungkin akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti.
Baca Juga: Khasiat Royal Jelly
2. Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi.
Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
3. Limau Nipis Atau Lemon
Limau nipis atau lemon adalah agen pemutih semulajadi sekaligus membantu mengeluarkan sel-sel mati daripada tubuh. Gosokkan sepotong limau nipis atau lemon pada bibir dengan lembut selama dua minit. Biarkan sealma 10 minit. Setelah itu, bersihkan dengan air suam. Lakukannya pada setiap hari untuk merawat bibir hitam.
Baca Juga: Khasiat Limau Nipis Dan Kebaikan Lemon
4. Serbuk Kunyit
Campurkan sejumput serbuk kunyit dengan satu sudu teh susu. Sapukan pada bibir untuk merawat bibir hitam agar kembali berseri. Pratik tips ini pada setiap hari sebelum tidur untuk memperoleh hasil terbaik.
Baca Juga: Khasiat Kunyit
Oleh itu, langkah pencegahan awal perlu di lakukan supaya anda tidak lagi bersusah payah mencari bahan kimia atau ubat yang boleh menghilangkan bibir daripada kekal hitam.
Semoga tips ini bermanfaat buat anda. Di samping itu, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi mengelakkan daripada bibir anda kering.
Jika bibir anda kering anda boleh menggunakan lip balm yang sesuai bagi mengelakkan bibir anda kekeringan.
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan yang mahu memiliki bibir cantik menawan.
<< Jika anda berminat dengan Petua Wajah Berseri , klik link ini..
1 Comment
oh, sapukan lendir aloe vera pun membantu jugak dan juga letak butter di bibir..menarik betul tips ni, bibir memang sensitif jadi kena jaga baik2