ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Makmur

resepi biskut makmur - women online magazineBiskut Makmur adalah antara biskut raya yang masih digemari ramai. Jom dapatkan resepi biskut makmur di sukai ramai ini..

Cukup nikmat rasanya apabila intinya cair di dalam mulut. Keenakan rasa kacang memang tiada tandingannya. Anda harus mencuba Resepi Biskut Makmur ini kerana cara membuatnya sangat simple dan cepat.

Sambil – sambil mencuba resepi biskut makmur ini apa kata anda cuba juga resepi biskut raya yang lain seperti resepi biskut suji arab, biskut conflakes madu, biskut coklat chip, resepi biskut nestum dan sebagainya. Anda boleh dapatkan kesemua resepi ini di kategori resepi.

Ok, selamat mencuba Resepi Biskut Makmur ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi biskut makmur :

160 gm mentega

100 gm minyak sapi

1 biji telur

80gm gula halus

400 gm tepung naik sendiri.

200 gm gula icing untuk ditabur.

Bahan untuk inti

150 gram kacang tabah digoreng tanap minyak seketika dan dikisar halus.

60gm gula halus

30 gm mentega

Untuk inti: Campurkan kacang tanah yang sudah dikisar halus serta digoreng tanpa minyak buat seketika dengan mentega dan gula halus. Gaul hingga rata. Ketepikan.

Cara membuat Resepi Biskut Makmur:

1. Gaul mentega dan minyak sapi dengan tangan hingga halus.

2. Masukkan telur, mentega, minyak sapi, tepung naik sendiri dan gula halus.

3. Uli adunan tersebut sehingga rata.

4. Ambil satu sudu teh adunan kemudian bulatkan dan masukkannya dengan inti adunan tersebut lalu bentukkan bulat ataupun bujur.

5. Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak.

6.  Apabila siap, taburinya dengan gula icing tersebut.

<< Jom dapatkan juga resepi kuah kacang di sini..

Previous post

Pemenang Peraduan Kotex®‘1 Minute Time-Out’

Next post

Eratkan Silaturrahim Dengan Listerine®

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. July 25, 2014 at 7:56 pm — Reply

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat WOM ,semoga terus sukses ya WOM 🙂
    Ikhlas dr eyfa writter.

    • July 26, 2014 at 9:11 pm — Reply

      terima kasih eyfa kerana memberikan sokongan..insyallah kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik ..

    • August 4, 2014 at 5:34 pm — Reply

      Selamat Hari Raya Juga Kepada Eyfa..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *