Resepi Spaghetti Bebola Daging
Kredit Foto: Thegourmandmom
Spaghetti Bebola Daging. Tahukah anda, spaghetti merupakan salah satu makanan pasta yang cukup terkenal di Itali. Ketahui rahsia
Spaghetti Bebola Daging dengan lebih lanjut di sini.
Sajian ini hampir digemari oleh semua orang. Tak kiralah budak-budak kecil, remaja, dewasa mahupun mereka yang sudah berusia. Rasanya yang lazat dan nikmat begitu membuka selera.
Berikut Resepi Spaghetti Bebola Daging yang bakal memikat selera anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
500gm daging lembu kisar (daging ayam kisar pun boleh)
Sebiji bawang Bombay
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
Gula, garam,kicap manis secukupnya
Sos tomato secukupnya
Sos pasta cendawan secukupnya
Keju Parmesan secukupnya
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 bungkus spaghetti
Air secukupnya
10 biji bebola daging (ikut kemahuan sendiri)
Dapatkan Juga: Resepi Mee Hailam
Cara Membuatnya:
Untuk Spaghetti – Rebus selama 8-10 minit ke dalam air rebusan yang sudah diberikan garam dan sedikit minyak. Apabila ia masak, angkat dan toskan.
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
2.Kemudian masukkan cili kisar serta daging kisar serta bebola daging.
3. Kacau dan biarkan sampai masak.
4.Setelah itu, masukkan sos tomato dan sos pasta cendawan. Gaul hingga sebati dan pastikan ia tidak berketul-ketul.
5. Masukkan pula garam, gula dan kicap manis secukupnya.
6. Masukkan air, kemudian didihkan di atas api yang sederhana, masukkan serbuk lada hitam sambil dikacau-kacaunya selama lebih kurang sejam.
7. Biarkan kuah tersebut sedikit pekat, dan jika sudah sempurna rasanya bolehlah ditutup apinya.
8. Dah siap, angkat dan sajikan dengan mee spaghetti. Sebagai penambah selera bagi Resepi Bebola Daging ini, taburkan keju parmesan di atasnya.
Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ingin tahu cara membuat Biskut Makmur? Dapatkan resepinya di sini.
No Comment