Resepi Ketam Bercili Garing
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Ketam Bercili. Kemanisan isi ketam cukup tidak terperi bagi anda yang menyukainya. Adakah anda pernah cuba resepi ketam bercili?
Kali ini Chef WOM.my mengajak anda mencuba variasi masakan ketam yang serba ringkas, namun masih mengekalkan keenakannya.
Resepi Ketam Bercili ini memang wajar anda cuba kerana rasa pedasnya akan membuatkan anda jadi lebih bersemangat untuk makan!
Berikut Resepi Ketam Bercili
Antara Bahan-bahan yang diperlukan:
3 ekor ketam (bersaiz sederhana)
2 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
2cm halia (dikisar)
sudu besar cili kering yang sudah dikisar
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 sudu air asam jawa
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
Dapatkan Juga: Resepi Masak Lemak
Cara Membuatnya:
1.Rebus ketam yang sudah dibersihkan buat seketika.
2. Toskan, kemudian buka tempurungnya, bersihkan insang dan potong menjadi dua bahagian. Ketepikan.
3.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar sehingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan cili kering kisar,kacau sehingga sebati.
5. Masukkan serai, kicap manis,daun limau purut,air asam jawa, garam,gula dan serbuk perasa.
6. Jika terlalu kering, tambah sedikit air. Gaul sebati.
7. Kemudian masukkan ketam, dan gaul lagi.
8. Jika terlalu kering tambah lagi sedikit air, kecilkan api dan biarkan segala bahan-bahan tadi menyerap.
9. Jika sudah cukup semua rasanya dan ketam sudah masak, bolehlah tutup api.
10. Sedia untuk dihidangkan.
Nota Kaki: Jika anda berminat untuk dapatkan list resepi menarik di laman WOM.my ini anda boleh klik kategori resepi. Banyak lagi resepi menarik menanti pembacanya. Selamat mencuba.. Jom Jadi Rakan VIP WOM.my di sini untuk dapatkan informasi percuma dari kami di sini.
<< Jom cuba resepi puding trifle di sini..
No Comment