Sambal Belacan Sedap
Jika anda pencinta sambal, sudah pasti tanpa sambal, masakan bagaikan terasa tawar tanpa garam!
Apa sahaja sambal, tak kiralah sambal apa… sambail ikan bilis, sambal udang ataupun sambal tempe. Janji sambal, mesti ada di meja makan! Kali ini Chef WOM.my nak berikan Resepi Sambal Belacan Sedap. Nampak macam senang sahaja untuk membuatnya, tetapi kesedapan sambal tersebut yang kita mahukan. Ada rahsia yang patut anda tahu untuk menikmati Sambal Belacan yang sedap.
Pastikan cili yang anda pilih untuk membuat sambal ini masih segar. Jika mahu rasa pedas yang lebih menggigit, pastikan anda memilih cili yang betul-betul pedas.
Berikut Resepi Sambal Belacan Sedap
Bahan-bahan yang diperlukan:
5 biji cili besar merah
15 biji cili padi
Sebiji limau nipis atau limau kasturi (ambil 3 sudu besar perahan airnya)
Sedikit belacan (dibakar seketika), gula dan garam secukup rasa.
Cara Membuatnya:
1. Cili yang sudah dibuang tangkai cili dan cuci bersih dipotong kecil-kecil bagi memudahkan anda menumbuknya (jika anda menggunakan lesung batu).
2. Buat gerakkan ke kiri dan kanan untuk memecahkan segala biji cili tersebut.
3. Letakkan garam dan gula, dan tumbuk atau lenyekkannya kembali.
4. Setelah kesemua biji cili tersebut hancur dan cilipun sudah tergiling halus, masukkan belacan yang sudah siap dibakar tadi.
5. Lenyek dan baurkan sehingga rata dan masukkan perahan air limau nipis atau limau kasturi tadi.
6. Jika cukup rasa, ok sedia untuk dihidangkan.
7. Sebagai pelengkapnya, jangan lupa hidangkan Sambal Belacan Sedap ini bersama ulam-ulaman kegemaran anda seperti mentimun,petai,tomato, salad, pucuk kemangi atau daun betik muda.
Kredit foto: irwandy
<< Dapatkan Resepi Ketam Bercili di sini.
No Comment