8 Cara Menghilangkan Keputihan Berlebihan
Foto: Sekadar Hiasan
Cara Menghilangkan Keputihan.Sebagai wanita kita kerap dihadapkan dengan masalah keputihan di organ intim dan sudah tentu anda ingin tahu cara menghilangkan keputihan ini.
Cara menghilangkan keputihan ini perlu dicari untuk menyelesaikannya. Sebenarnya, keputihan adaah sesuatu yang normal dialami oleh setiap wanita selagi tidak menimbulkan bau yang tidak menyenangkan atau pun perubahan warna.
Bagi anda yang sudah berkahwin, sudah pasti keputihan berlebihan sangat menganggu. Malahan, boleh melahirkan rasa kebimbangan apabila keputihan yang berlebihan ini boleh mempengaruhi kesuburan wanita sehingga menyukarkan kehamilan.
Bakteria, kulat ataupun virus bukan sekadar ‘menetap’ di vagina sehingga menyebabkan keputihan, tetapi juga boleh merebak ke sistem peranakan.
Keputihan berlebihan, berwarna agak kuning sehingga kehijauan, cenderung kental, berbau busuk serta menimbulkan rasa gatal.
Antara penyebab Terjadinya Keputihan Berlebihan
- Kurang Menjaga Kebersihan
Faktor utama penyakit keputihan adalah berpunca daripada kurangnya kebersihan. Anda harus menjaga kebersihan di kawasan vagina agar tidak diserang oleh pelbagai jenis penyakit, salah satunya adalah keputihan. Infeksi berupa bakteria sangat mudah mereba, lebih-lebih lagi jika vigina dibiarkan dalam keadaan lembab.
Semua organ tubuh dikawal oleh otak. Ini adalah kerana otak meruapakn pusat dari segala organ, jadi sebab itulah apabila otak mengalami keadaan yang kurang menyenangkan maka hormon-hormon dalam tubuh anda akan menimbulkan kehadiran keputihan.
- Penggunaan Ubat
Penggunaan ubat antibiotik dalam masa panjang atau lama boleh mengakibatkan sistem imunisasi pada tubuh wanita yang menimbulkan keputihan.
- Kulat, Parasit, Bakteria & Virus
Kulat Candida adalah penyeabb utama terjadinya keputihan. Kelembapan yang terlalu tinggi membuatkan kulat ini merebak dengan cepat.
Cara Mengatasi Atau Menghilangkan Keputihan Berlebihan:
1. Hindari penggunaan sabun ataupun pembersih vagina yang banyak menggunakan bahan kimia. Kandungan kimia yang terdapat dalam sabun atau cecair pembersih tersebut boleh mengubah keasaman normal vagina sehingga boleh menimbulkan jangkitan.
2. Gunakan air yang bersih untuk membasuh atau membilas vagina selepas anda selesai membuang air. Sebaiknya jangan terlalu kerap menggunakan tisu untuk membersihkannya.
Baca Juga: Vagina Longgar
3. Batasi pengambilan makanan ataupun minuman yang banyak tambahan gula atau pun yang manis-manis serta minuman berkarbonat. Ia boleh menyebakan peningkatan pertumbuhan kulat candida.
4. Hindari penggunaan seluar ketat termasuk seluar dalam. Usahakan memakai seluar yang sedikit longgar agar udara boleh masuk. Sebaiknya gunakan seluar yang diperbuat daripada material ‘cotton’ yang dapat menyerap peluh dengan mudah.
5. Biasakan juga membasuh vagina dari bahagian depan ke belakang. Ia bertujuan bagi mencegah kemasukkan bakteria dan kuman dari anus.
6. Pengambilan makanan dan minuman yang memiliki kandungan zat yang lengkap dan hindari pengambilan buah-buah yang boleh menyebabkan keputihan seperti nanas dan mentimun.
7. Perbanyakkan pengambilan bawang putih kerana ia dipercayai mempunyai kandungan kulat semulajadi yang boleh menghilangkan keputihan berlebihan.
Baca Juga: Khasiat Bawang Putih
8. Elakkan memakai pembalut atau ‘pantyliner’ yang berbau wangi kerana ia boleh mengundang iritasi pada vagina.
<< Keputihan membuatkan vagina anda berbau? Ketahui info selanjutnya di sini.
No Comment