Ada Apa?Buletin

Demam Cabaran Ice Bucket

Demam Cabaran Ice Bucket - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Sebelum ini Dato' Khairy Jamaluddin mencabar untuk sertai cabaran Ice Bucket. Fenomena ini tersebar dari laman social sehingga kini

Tiada yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah manusia suka ‘terikut-ikut'! Dan inilah trend permainan menjurus kepada cabaran pada masa sekarang yang  terus merebak di serata dunia, termasuk Malaysia.

Ice Bucket Challenge yang juga dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challege (Cabaran Baldi Ais) adalah satu aktiviti ‘tagging' dalam dunia sebenar dengan mencurahkan sebaldi air yang mengandungi ketulan ais di atas kepala si pencabar. Dia kemudiannya perlu mencabar tiga nama rakan atau sesiapa sahaja untuk melakukan cabaran tersebut dalam tempoh 24 jam.

Cabaran ini memiliki dua pilihan, iaitu memilih antara mengambil cabaran untuk membiarkan kepala disimbah dengan ais, ataupun membayar amal. Ini merupakan salah satu aktiviti amal untuk menderma kepada badan kebajikan Amyotrophic Lateral Sclerosis ( ALS), penyakit yang menyerang sistem saraf keseimbangan atau lebih dikenali sebagai ‘Lou Gehring'.

Aksi Ice Bucket Challenge ini bermula apabila seorang bintang baseball di Boston College Baseball, Pete Frates, didapati menderita penyakit ALS pada tahun 2012. Dia dan sahabatnya, Correy Griffin, dikatakan telah mengadakan  Ice Bucket Challenge untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sekaligus mahu mengutip dana bagi tujuan amal penyakit saraf motorik ini.

Teknik ini kemudiannya telah dibawa oleh ALS Association, Amerika Syarikat untuk mengutip derma. Hari demi hari, aksi ini terus tersebar meluas di seluruh dunia termasuk India, Korea, Indonesia dan juga Malaysia.

Tidak ada peraturan, siapa yang harus dicabar, sama ada dikenali ataupun tidak. Di negara Barat, bukan setakat para pemimpin negaranya, bintang-bintang atlet, selebriti popular dunia juga turut tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran ini.

Bahkan CEO Facebook, Mark Zuckerberg, Cristiano Ronaldo, Neymar, Tiger Woods, puluhan bintang Hollywood seperti David Beckham,Zac Efron, Robert Pattinson ataupun Justin Bieber, Lady Gaga, Rita Ora, Selena Gomez dan Taylor Swift turut serta.

Bintang-bintang Korea juga tidak terkecuali menerima cabaran tersebut dengan gaya masing-masing. Antaranya, Leeteuk, Kim Jong-Kook (Running Man), Siwon SuJu dan ramai lagi. Begitu juga dengan para artis Bollywodd seperti Akshay Kumar, Abhishek Bachchan dan Ashish Chodhry.

Di Malaysia, model terkenal Amber Chia menjadi orang pertama yang telah menyahut cabaran bermandikan ais. Tidak ketingalan, MenteriMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Secara visual, aksi dalam ice bucket challenge ini amat menyenangkan. Malahan cara ini mampu membuatkan ramai orang menderma secara efektif dalam waktu yang singkat. Khabarnya dalam masa sebulan, ALS Association telah berjaya mengumpul dana lebih daripada USD 42 juta.

Namun, di celah-celah keghairahan tersebut tahukah anda  seorang remaja perempuan, berasal dari Mississippi, berumur 17 tahun telah menemui ajal dalam cabaran tersebut.

Menurut sumber Dailybuzzline.com, gadis berkenaan telah menyahut cabaran tersebut dan merakamkan aktiviti tersebut di  belakang rumah bersama adiknya. Manakala sepupunya, Shawn Oley pula berdiri di atas pelantar dengan baldi besar yang penuh dengan air, bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.

Namun, baldi tersebut telah terlepas genggaman dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy. Gadis malang itu kemudiannya dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.

Apapun, semoga kejadian ini dapat memberikan kesedaran kepada yang menyahut cabaran tersebut kerana malang tidak berbau! Keseronokkan adakalanya membuatkan kita lupa tentang aspek-aspek keselamatan.

kredit foto kepada wikimedia

<< Jom lihat 9 kebaikan bersenam kepada anda disini..

Previous post

Resepi Gulai Kawah

Next post

Makanan Kaya Zat Besi Cegah Anemia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *