Dulu Gangnam Style, Kini Gangnam Smile!
Biarpun pembedahan plastic tidak memberikan jaminan untuk kekal cantik selamanya, namun ia tetap jadi trend!
Paling ketara, di Korea, negara yang menduduki rangking teratas yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertinggi di dunia.
Trend mengubah wajah untuk tampil lebih cantik, bukan sahaja popular di kalangan artis Korea, namun turut mempengaruhi masyarakat Korea sendiri untuk melakukan pembedahan plastik ini.
Jika anda ke Korea Selatan, berkesempatan singgah di Gangnam, sebuah destinasi di Seoul, anda pasti akan bertemu dengan ramai wanita dengan muka dan kepala yang berbalut, sebahagian ataupun seluruh muka.
Mereka memakai payung yang ditarik ke bawah, untuk menyembunyikan wajah daripada dilihat oleh orang ramai. Bahkan, gaya mereka juga tak ubah seperti mangsa kemalangan jalan raya yang sedang menjalani proses penyembuhan pembedahan.
Mereka sebenarnya adalah mangsa Korea Wave yang sedang menjalani pembedahan plastik. Mereka datang dari Tiongkok ke Gangnam semata-mata untuk mengubah wajah dengan melakukan pembedahan plastik.
Gangnam menjadi popular di seluruh dunia hanya kerana Gangnam Style, lagu dengan traian yang dinyanyikan oleh Psy. Kini, Gangnam terus popular di kalangan pelancong untuk membuat pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah cantik seperti bintang-bintang K-pop.
Ada yang mahukan wajah cantik seperti selebriti Yoona (Girls Generation), Kim Tae Hee, Park Shin Hye, Song Hye Kyo,Moon Geun Young dan ramai lagi.
Apa yang lebih menarik, para doktor di sana bukan sekadar pakar dalam pembedahan plastik, tetapi turut menjadi perunding kecantikan. Promosi yang ‘gila-gila’ turut membuatkan ramai gadis terpanggil terutama dari Tiongkok datang ke Gangnam untuk membuat pembedahan plastik.
Lagipun hampir di setiap sudut Gangnam terdapat klinik pembedahan plastik. Bahkan iklan-iklan hebat tentang pembedahan plastik juga boleh dilihat di merata-rata tempat.
Pembedahan plastik yang sedang ‘hot’ ataupun popular pada masa sekarang ialah pembedahan untuk senyuman paling manis! Biasanya doktor yang menjalani pembedahan plastik tersebut sebolehnya akan melayani apa sahaja kehendak pelanggan, termasuk pemotongan dagu, tulang pipi ataupun tulang rahang.
Pembedahan plastik tersebut memakan masa kira-kira tiga jam, dan proses pemulihan pula selama enam bulan. Di samping itu, sebelum pembedahan plastik dilakukan, doktor yang terlibat akan memberikan khidmat nasihat terlebih dahulu bagi mengelak sebarang ketidakpuasan hati para pelanggan.
<<Jom layari juga cara tradisional mencantikkan wajah
No Comment