Ada Apa?Buletin

TRADEC’14 Excellence Award Asah Kemahiran Pelajar Dalam Perniagaan

usahawan berjaya - women online magazine

Baru-baru ini telah berlangsung majlis Hi-Tea, sempena perasmian penutup Cabaran Usahawan Dagang 2014 (TRADEC’14).

Majlis penuh kemeriahan yang berlangsung di D’Tasik Restoran, Hotel RHR(Residence), UNITEN, Bangi itu turut dihadiri oleh Prof.Dr. –Ing.Renuganth Varatharajoo, selaku Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof.Dr.Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Puan Hajah Roziah Haji Ahmad, Setiausha Kerja Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Puan Hajah Azilah Arshad, Pengurus Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Encik Aslam Mohd, selaku Pengarah ASL Group Sdn.Bhd.

Program Trading Entrepreneurship Challenge atau lebih dikenali sebagai TRADEC merupakan satu program pembangunan usahawan mahasiswa/belia dalam bidang trading secara intensif yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM.

TRADE’14 merupakan anjuran UCTC UPM dengan kerjasama PKNS dan ASL Training and Consultancy.

Menurut Prof. Dr Hawa Ze Jaafar,Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM, pada tahun ini seramai 15 orang pelajar UPM telah dipilih bagi mengikuti cabaran TRADEC’14 selama dua bulan. Bermula pada 21 Jun -31 Ogos,2014, yang mana para peserta dimantapkan dengan ilmu dagang dan keusahawanan  selama tujuh hari sebelum menjalankan perniagaan masing-masing dalam tempoh dua bulan.

Bahkan sepanjang tempoh cabaran, para peserta perlu menonjolkan potensi diri dengan melaksanakan perniagaan yang sebenar dan setiap perkembangan mereka

“Perniagaan Dagang atau Trading merupakan satu bidang perniagaan yang boleh dimulakan dengan berbekalkan modal yang kecil. Pihak UPM melalui UCTC telah mengambil inisiatif untuk membawa konsep perniagaan ini kepada pelajar dan graduan melalui pembangunan modul yang komprehensif dalam bidang perniagaan trading,” jelas Prof.Dr.Ing.Ir Renuganth Varatharajoo yang menyempurnakan majlis penutupan program tersebut.

Sebagai acara kemuncak, majlis penyampaian hadiah kepada peserta terbaik TRADEC’14 turut dipersembahkan.   WOM.my tidak ketinggalan untuk menaja hadiah Website Terbaik buat seorang peserta yang dirasakan layak untuk memenangi hadiah bernilai RM 2500 iaitu “Online Business Personal Coaching” dari WOM.my selama 3 bulan. Peserta yang memenangi hadiah ini adalah Nur Atiqah BT Mohammad Ali daripada Syarikat WebeelongTogether  Resources. Tahniah di ucapkan kepada beliau kerana memenangi hadiah ini.

Usahawan Berjaya-WEBEELONGTOGETHER-Women Online Magazine

Selain itu, tidak ketinggalan juga hadiah sumbangan daripada pihak PKNS dan UCTC kepada  pemenang-pemenang untuk Cabaran TRADEC' 14 iaitu tempat Ketiga di menangi oleh adik Husnah Mastura binti Halmi daripada Hanani Shop dengan hadiah bernilai RM 700. Tempat Kedua di menangi oleh adik Rusilawati Binti Abdul Karim dengan hadiah bernilai RM 1000.00 dan pakej Pelancongan Perniagaan ke Ho Chi Minh Vietnam. Manakala Juara untuk Cabaran TRADEC' 14  di menangi oleh Ahmad Fauzi Bin Mohd Rodzi dengan hadiah bernilai RM 1500.00 beserta pakej Pelancongan Perniagaan ke Ho Chi Minh .

Usahawan Berjaya-IGEE Global-Women Online Magazine

<< Jom lihat kereta SUBARU yang Mantap di sini..

Previous post

Subaru Forester 2.0 XT Yang Serba Baru & Cukup Mantap

Next post

Jangan Buat Tak Tahu, Ancaman Penyakit Kelamin Ini Boleh Menyerang Anda!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *