Ada Apa?Buletin

Fahamkan Betul-Betul Apa Itu GST

GST Malaysia - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Pasti ramai yang masih kurang faham apa itu GST Malaysia dan hanya mendengarnya melalui khabar angin.

WOM.my ingin berkongsi sedikit tentang GST Malaysia yang kini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.GST Malaysia atau dikenali sebagai ‘Good and Service Tax’ adalah satu sistem cukai terhadap barangan dan perkhidmatan yang dikenakan sebanyak enam peratus.

Ianya berbeza dengan cukai jualan dan perkhidmatan SST atau dikenali sebagai ‘Sales and Service Tax’ pada kadar sepuluh peratus dan enam peratus yang juga merupakan cukai berganda.

Kita tidak sedar tentang cukai jualan yang dicaj terhadap barangan tersebut kerana cukai tersebut telah dimasukkan ke dalam harga barangan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. Ini bermakna harga sebenar barangan tersebut pastinya lebih murah. Berbeza dengan GST Malaysia beban cukai yang ditanggung akan turun dan kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga dan hanya enam peratus akan dicaj terhadap barangan tersebut.

Pengguna juga harus faham bahawa GST Malaysia tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas, pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama bagi pengguna domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.

GST Malaysia dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat pun dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST Malaysia. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini dapatlah digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai orang miskin akan dapat dibantu. GST Malaysia juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan pendapatan.

Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Berbeza dengan perlaksanaan GST Malaysia  di mana lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan berbelanja lebih. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk kepentingan rakyat juga.

Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhapa mereka yang    menaikkan harga selepas perlaksanaan GST Malaysia. Para peniaga tidak perlulah mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Kerajaan akan memantau harga supaya tidak terus menekan pengguna. Kita akan dapat membuat perbezaan harga selepas senarai harga barang akan dikeluarkan Januari depan.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini hanya 5000 restoran yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (10%). Tetapi bermula April 2015, sejumlah 15,000 restoran akan mengenakan GST Malaysia kepada anda malahan hanya 40% jenis barangan & perkhidmatan disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Tetapi bermula April 2015, peratusan akan meningkat sehingga 70%. Lebih banyak barangan akan dikenakan GST Malaysia. Jadi, sabar dan bersedialah dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku.

Kesimpulannya, GST  Malaysia membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta memperbaiki pematuhan dalam urusan kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa panjang. Hanya 1.5 juta sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat bertahan lama.

Kredit foto kepada yycadvisors

<< Berminat nak tahu kereta jimat minyak? jom klik sini

Previous post

Wow, Banyaknya Tempat Menarik Di Terengganu Yang Boleh Kita Pergi

Next post

Harus Bijak Pilih Katering Perkahwinan Yang Sedap & Murah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *