AsmaraFamiliSuami Isteri

9 Rahsia Kekal Ghairah ‘Sehangat Asmara’ Atas Ranjang

Sehangat Asmara - women online magazine

Kredit foto: corbiscrave

Sehangat Asmara.Bagi anda yang sudah berkahwin, bila-bila masa boleh sahaja menjadi momen sehangat asmara yang panas dan cukup mengghairahkan.

Lagipun mengatur jadual hubungan seks tidak wajib, kerana pada bila-bila masa sahaja anda dan pasangan boleh melakukannya, sesuai dengan mood. Tetapi, ia akan menjadi lebih ‘superb’ dan benar-benar sehangat asmara pada saat anda…

1.Sebelum Berhujah Di Khalayak Ramai

Ada kajian yang mengatakan bahawa melakukan hubungan seks sehangat asmara boleh menenangkan saraf yang tegang, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan stress. Salah satu kaji selidik mengatakan ramai yang bercinta sebelum membuat presentation atau berhujah di khalayak ramai, mampu meredakan tekanan atau stress yang sedang dialami pada saat itu.

 

Baca Juga: Tanda-Tanda Anda Memang Stress

 

2. Di Pagi Hari

Tubuh manusia dirangsang untuk melakukan hubungan seks sehangat asmara di pagi hari. Bukan hanya kerana level testosterone dan energi paling tinggi di pagi hari, tetapi peningkatan level hormone oksitosi juga membuatkan anda dan pasangan terikat sepanjang hari, dan hormone endorphin telah meningkatkan rasa ghairah seks anda.

 

3. Ketika Badan Berasa Tidak Sihat

Kajian menunjukan bahawa melakukan hubungan seks sehangat asmara dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

 

Baca Juga: Kebaikan & Kenikmatan Hubungan Seks

 

4. Hari ke 14 Dalam Kitaran Menstruasi

Kajian menemui bahawa dua minggu dalam kitaran menstrausi, klitoris wanita membesar sebanyak 20%. Bermakna, anda akan menjadi lebih mudah orgasme pada hari-hari ini. Ini mendekatkan waktu ovulasi. Jadi, jangan terkejut jika anda berasa lebih ghairah pada waktu-waktu sebegini.

 

5. Selepas Bersenam

Kajian yang dilakukan oleh University of Texas, membandingkan reaksi wanita terhadap perkara erotik setelah 20 minit berbasikal. Hasilnya, pengaliran darah di sekitar kawasan intim mereka meningkat 169% selepas bersenam. Di samping itu, anda akan merasakan tubuh lebih sihat, segar dan seksi. Selain itu juga, tubuh anda merangsang hormone testosterone- hormone seks- ketika bersenam. Jadi, hasrat semulajadi anda yang sehangat asmara itu akan menjadi lebih besar setelah bersenam.

 

6. Setelah Mengalami Hari-Hari Yang Teruk

Ingin menghilangkan stress setelah mengalami situasi yang tidak menyenangkan di pejabat? Melakukan hubungan seks sehangat asmara ini boleh menjadi pilihan yang tepat dan sihat.

 

7. Ketika Anda Dihantui Ketakutan

Salah satu waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks sehangat asmara ialah selepas anda mengalami peristiwa yang menakutkan. Sama ada, menaiki roller coaster atau menonton filem hantu.Ketika itu hormone adrenalin muncul, tubuh anda dalam keadaan terangsang dan respons seksual anda juga turut meningkat.

 

8. Tengah Malam

Tengah malam juga merupakan waktu yang melakukan hubungan seks sehangat asmara. Saat  si dia sedang tidur nyenyak, apakata anda menciumnya dengan lembut di bahagian leher dan telinganya.  Lakukan dengan lembut sehingga si dia terbangun dan terangsang dengan sentuhan sehangat asmara anda itu.

 

Baca Juga: Nikmatnya Hubungan Suami Isteri

 

9. Hujung Minggu

Luang waktu di hujung minggu anda untuk bersantai di persisiran pantai atau bilik tidur dnegan penampilan yang seksi. Mainkan muzik yang romantik, perkara tersebut akan membantu anda masuk ke dalam suasana yang lebih menghairahkan.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang sememangnya ingin tahu rahsia kenikmatan hubungan suami isteri.

<< Jom lihat tips memilih ruang tamu di sini..

Previous post

Wajib Cuba! 7 Cara Elak Kerja Lebih Masa

Next post

5 Penyebab Perut Lapar Walaupun Baru Sejam Makan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *