AsmaraFamiliSuami Isteri

7 Punca Ghairah Seorang Wanita Hilang…

Ghairah Seorang Wanita - women online magazine

Kredit foto: Sekadar Hiasan

Ghairah Seorang Wanita.Berasmara atau melakukan hubungan seks adalah rutin menarik dalam kehidupan suami isteri. Sang suami perlu lebih bijak untuk melonjakkan ghairah seorang wanita yang dicintainya!

Namun, adakalanya ghairah seorang wanita  itu hilang begitu sahaja, seolah-olah tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Keadaan ini sudah pasti membuatkan sang suami berasa binggung. Apatah lagi, si dia sudah melakukan pelbagai  teknik, namun anda tetap ‘kaku’ , seolah-olah tiada mood. Ternyata saat itu, ghairah seorang wanita hebat di atas ranjang, bukan lagi menjadi milik anda!

Apa sebenarnya yang menyebabkan anda hilang rasa ghairah sehingga berhenti untuk berasmara?

Berikut kupasan WOM.my yang diperoleh daripada pelbagai sumber, jom semak! Tak ada salahnya jika para suami mengetahui beberapa masalah umum yang sering dialami oleh kaum isteri berkaitan dengan seksual.

1. Kepenatan

Jika terlalu penat, seks boleh menjadi pioriti terakhir dalam hidup wanita. Kebanyakan wanita lebih memilih untuk tidur atau berehat bagi mengatasi rasa penat itu. Sesetengah wanita menganggap melakukan hubungan seks akan mengerah segala tenaga dan fikiran mereka.

Jadi, mereka tidak mahu menambahkan satu lagi kepenatan yang sedang dialami. Para suami, anda dinasihatkan membantu isteri anda mengatasi rasa penat tersebut. Ketika balik kerja, sesekali apalah salahnya anda menawarkan urutan lembut  atau membantunya menguruskan anak-anak, menolongnya memasak, menjemur baju ataupun mencuci pinggan mangkuk. Biarkan isteri anda berehat seketika, barulah pada malam hari nanti dia boleh ‘beraksi’ dengan ‘superb’.

 

2. Perang Dingin

Sebahagian besar wanita tidak boleh menikmati hubungan asmara dengan pasangannya apabila sedang marah.  Apa yang paling membinggungkan para suami, sikap isteri yang suka memendam perasaan marah tanpa memberitahunya.

Kebanyakan wanita mengharapkan para lelaki boleh membaca fikiran mereka, sedangkan tidak! Sungguhpun begitu, sebagai suami anda perlu bertindak lebih bijak. Tanyakan pada isteri dan mintalah dia menjawab dengan jujur. Kejujuran akan memperbaiki keadaan dan membuatkan kehidupan seks anda kembali normal.

 

3. Benci Pada Seks

Jangan tak percaya, ada di antara wanita yang benci pada seks. Kebencian ini boleh terjadi akibat trauma masa lalu atau ada perkara lain yang menyebabkan dia tidak dapat menikmati aktiviti seks ini dengan sebaiknya. Untuk mengatasi masalah ini, sebagai suami, cubalah berbincang dari hati ke hati.

 

Baca Juga: Bahaya Seks Ketika Haid

 

4. Rasa Diri Tak Lagi Seksi

Perasaan tidak seksi ini biasanya muncul setelah wanita melahirkan anak. Keyakinan diri terhadap bentuk tubuh boleh membuatkan wanita hilang rasa ghairah untuk berasmara. Wanita takut suami melihat bentuk tubuh mereka yang tidak seperti dulu lagi, terdapat banyak ‘stretch mark’, ‘lipatan lemak’ dan sebagainya.

 

5. Bila Cinta Kian Pudar

Meskipun gambaran wajah tidak menunjukkan perkara tersebut, namun ada di antara isteri yang berasa sudah tidak tertarik atau hilang ghairah dengan suaminya sehingga jadi malas untuk berasmara. Saat itu, apa sahaja sentuhan yang diberikan suami, sudah tidak terasa lagi kenikmatan. Apatah lagi membangkitkan rasa ghairah untuk melakukan hubungan seks.

 

6. Kurang Merasakan Orgasme

Seks adalah soal ‘give and take’. Sebahagian wanita yang tidak pernah merasakan orgasme akan merasakan diri mereka berada di pihak yang tidak menguntungkan. Adalah penting bagi para suami, mencari titik sensitif isteri supaya boleh membuatkannya ‘on’.

 

7. Perubahan Hormon

Perubahan kadar hormone wanita boleh mengubah keinginannya untuk seks.  Ia boleh terjadi disebabkan…

Tahap estrogen mula menurun sepanjang transisi menuju menopause. Perkara ini boleh menyebabkan  penurunan minat pasa seks dan pengeringan jaringan vagina, sehingga seks menyakitkan atau tidak selesa.

  • Kehamilan & Menyusui Bayi

Perubahan sepanjang tempoh kehamilan, setelah melahirkan dan selama menyusui bayi juga boleh mengurangkan ghairah seorang wanita tentang seks. Bukan sekadar hormone yang mempengaruhi penurunan nafsu seks, tetapi kepenatan, perubahan bentuk tubuh dan tekanan membawa atau menjaga bayi juga boleh membawa perubahan dalam keinginan seksual wanita.

 

Nota Kaki:

Cuba bangkitkan sisi sensual dalam diri anda dan pasangan. Mulai malam nanti, berhenti mencari alasan untuk tidak berasmara. Sebaliknya, carilah alasan untuk menikmatinya!

 

Jom SHARE artikel ini.

<< Jom ketahui cara menghargai pasangan di sini. 

 

Previous post

Semak, 7 Khasiat Sebenar Temulawak

Next post

Miliki Perut Rata Dalam Tempoh 20 Hari!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. November 27, 2014 at 12:28 am — Reply

    emmm…. wawa suka artikel ni…. memang inilah yg kebanyakkan wanita di luar sana mengalami perkara ni terutama penyebab nombor 1… penat bekerja, penat dgn kerja rumah…. tapi itu semua bukan alasan… kalau kita tau kekurangan/ masalah kita dan nakkan penyelesaian, kena la usaha dan cari jalan penyelesaian… jika ingin bahagia, kita kena la membahagiakan juga….

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *