Ketam Masak Lemak Pekat Dan ‘Menyengat’
Kredit Foto: kuali
Ketam Masak Lemak.Anda suka makan ketam? Bukan senang hendak memilih mana yang elok, apatah lagi memasaknya!
Ketam mengandungi pelbagai zat yang baik untuk tubuh. Antaranya protein, cukup baik sebagai pembentukan ezim, sistem ketahanan tubuh serta memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ketam juga kaya dengan Vitamin B12, Omega 3, Selenium, Mineral Cooper dan Mineral Zinc.
Sungguhpun begitu, jangan pula anda menikmatinya secara berlebihan kerana ketam mengandungi kolesterol yang cukup tinggi.Pastikan anda memilih ketam yang masih segar dan sihat sewaktu membelinya.
Dapatkan Juga: Resepi Sambal Udang Petai
Di samping itu, pastikan juga, ia masih terasa berat dan matanya masih elok. Itu tandanya ia masih dalam kualiti yang baik. Selain itu juga, hindari memilih ketam yang masih muda kerana isinya tidak banyak dan akan menyusahkan anda sewaktu menikmatinya nanti.
[sociallocker id=”6597″] Chef WOM.my mengajak anda mencuba Resepi Ketam Masak Lemak.
Berikut Respi Ketam Masak Lemak
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 ekor ketam, dicuci bersih dan direbus seketika.
2 batang serai, diketuk-ketuk.
400 ml santan
100 ml santan pekat
2 biji bawang merah (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
4 biji cili padi (dikisar)
2 biji cili besar hijau atau merah (dibelah dua tak putus)
1 asam keping
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Kurma
Cara Memasak Ketam Masak Lemak
1. Ketam yang sudah siap dibersih dan direbus itu dipotong dua.
2. Didihkan santan, masukkan cili padi, bawang merah dan juga halia yang sudah dikisar tadi serta serai
3. Biarkan bahan-bahan itu sebati dan mendidih buat seketika sambil kacau
4. Kemudian, apabila kuah santan tersebut surut sedikit barulah masukkan ketam dan asam keping, gula, garam serta serbuk perasa secukupnya.
5. Tuang santan pekat, cili besar dan masak sampai mendidih dan ketam tersebut masak.
Jika ok, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan
[/sociallocker]
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya.
<< Cuba juga Resepi Ketam Telur Masin. Dapatkan resepinya di sini.
No Comment