Panduan Pilih Kain Langsir Untuk Tingkap Dapur
Kredit foto: avihu, kitchencove, interior-decoration-ideas, ibesthomedecors, fanelis
Kain Langsir. Biarpun sekadar kain langsir untuk tingkap dapur, anda tetap juga perlu berikannya perhatian Barulah ‘cun’!
Untuk langsir dapur, anda perlu lebih bijak untuk memilih kain langsir yang sesuai. Ini adalah kerana langsir dapur lebih terdedah dengan kepansan dan ‘humidity’ berbanding di tempat lain.
Jadi, jika anda berhajat untuk menggunakan kain langsir lama yang menghiasi ruang tamu ataupun bilik tidur anda, lupakan sahaja. Langsir yang tebal akan memerangkap lembapan dan mudah berbau habak. Kain langsir untuk tingkap dapur, sebaiknya ‘light curtain’ (nipis dan ringan), lebih praktikal kerana beberapa sebab.
Kain langsir dapur sebaiknya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah keserian dapur anda dengan sinaran cahaya semulajadi.Sungguhpun begitu, pilihlah kain langsir yang tidak terlalu jarang atau nipis sehingga orang di luar boleh nampak anda ke hulu hilir di dapur dengan jelas.
‘Light curtain’ pula membolehkan bau masakan anda itu keluar melalui tingkap, sedangkan jika anda memilih kain langsir yang berat, ia akan memerangkap bau tersebut. Anda disarankan memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton. Kain langsir yang bagus sebaiknya mudah dicuci, dijaga dan dikibas untuk membuang habuk atau debu yang melekat.
Baca Juga: Cara Betul Membersihkan Karpet
Selain itu, jika suka anda juga boleh memilih ‘blind curtain’. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Amat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam. Manakala pada waktu siang cahaya masih boleh masuk dan anda juga boleh membuka tingkap bagi membenarkan udara segar memasuki ruang dapur kediaman anda.
Baca Juga: Idea Interior Kabinet Dapur Kecil
Ketika hendak memasang langsir, pastikan jarak kain langsir tersebut selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Supaya suasana dapur anda menjadi lebih menarik dan selesa, peralatan dapur seperti kabinet turut memainkan peranan. Langsir tersebut akan kelihatan lebih bergaya sekiranya sepadan dengan bahagian dalaman dapur yang lain.
Jadi, sebab itulah anda perlu memilih kain langsir yang sepanda dengan lantai dapur, warna dinding ataupun ‘wallpaper’ yang anda gunakan. Gunakan kain langsir bercorak jika warna dinding dapur anda ‘solid’. Manakala bagi dinding yang dihiasi dengan ‘wallpaper’ sebaiknya menggunakan kain langsir tanpa corak (plain).
Baca Juga: Wallpaper Untuk Ruang Tamu
Selain itu, untuk langsir dapur, anda juga perlu memberikan perhatian soal ukurannya. Berikan perhatian pada saiz dan panjang kain langsir. Langsir yang terlalu panjang atau labuh mungkin nampak cantik, tetapi ia tidak sesuai untuk tingkap dapur! Ukuran yang sepatutnya adalah mengikut saiz tingkap. Langsir yang labuh bukan sahaja mudah kotor, tetapi turut menyerap lembapan yang boleh menjadi sarang pembiakan kuman!
Nak Jimat Hias Rumah Cara Orang Kaya
Macam admin sendiri, selalu bila shopping barang rumah mesti nak cari yang murah tapi elegan macam orang kaya, tapi selalu ada masalah :
- Rumah sempit, perabot tak boleh beli besar
- Rumah dah ada perabot lama, sayang nak buang
- Bajet ciput tapi teringin
Tapi ada orang bagi cadangan untuk admin baca ni sampai melampau banyak teknik yang dia bagi. Cuba klik gambar untuk tengok ada 77 tips.
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang minat menghias kediaman.
<< Dapatkan tips menata kabinet dapur yang kecil bagi ruang kediaman yang terbatas..
No Comment