Bahaya Rebonding Rambut
Kredit Foto: ramshackleglam
Rebonding Rambut.Sama ada anda berhijab ataupun tidak, rambut tetap mahkota paling berharga bagi seorang wanita.
Siapa yang tak nak memiliki rambut yang lurus dan cantik ketika ditiup angin?Memiliki rambut yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Aset yang paling berharga untuk dipelihara agar ia sentiasa sihat dan nampak cantik.
Namun, ini tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja demi agar rambut nampak cantik dipandang mata tanpa membuat pertimbangan ke atas rawatan rambut yang anda pilih. Kegilaan ramai wanita untuk memiliki rambut yang mudah diurus, mudah disikat, bersinar dan lurus menyebabkan ramai wanita memilih untuk membuat rebonding rambut. Apa yang anda tahu atau faham tentang rebonding rambut?
Rebonding rambut merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia yang tertentu melalui proses yang tertentu. Bahan kimia tersebut akan mengurai struktur rambut asal dan membinanya kembali mengikut bentuk yang dikehendaki.
Rambut yang melalui teknik rebonding akan kekal dalam keadaan lurus sehinggalah rambut baru tumbuh. Macam menarik, kan. Tetapi rambut ialah salah satu tisu di dalam tubuh yang paling cepat tumbuh. Rebonding rambut tak akan mungkin bertahan lama.Walaupun cantik itu hanya sementara, kesan jangka panjang rebonding rambut pasti membuatkan anda fikir berulangkali setelah mengetahui efek yang bakal anda hadapi nanti.
Take Note!
Efek Rebonding Rambut
- Risiko kanser
Tahukah anda rebonding rambut boleh menyebabkan kanser? Sebaiknya, elakkan rebonding rambut. Kesan sampingan ini timbul disebabkan oleh ubat atau vitamin yang digunakan sebelum meluruskan rambut dengan menggunakan alat pelurus.
Baca Juga: Cegah Kanser Payudara
- Alergi atau alahan
Bahaya lain ialah ia menyebabkan alergi pada kulit kepala anda. Misalnya gatal-gatal, kelemumur, iritasi pada kulit, dan sebagainya.
- Pendarahan pada hidung
Ada kajian mengatakan, ubat yang digunakan oleh salon rambut untuk teknik rebonding rambut atau meluruskan rambut adalah ubat yang berbahaya. Ubat tersebut mengandungi sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan pendarahan pada hidung.
Selain itu, rambut anda menjadi mudah gugur dan bercabang. Hal ini disebabkan oleh tahap kepanasan elektrik yang dialirkan melalui alat pelurus tersebut akan membuat pertumbuhan rambut menjadi tidak seimbang dan menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh sihat. Di samping itu, penggunaan pewarna rambut juga mempengaruhi kerosakan pada rambut.
Ciri-Ciri Bahan Kimia Di Dalam Produk Rebonding Rambut
- Bahan kimia yang digunakan di dalam setiap produk rebonding rambut ialah Formaldehyde.
- Larutan formalin lebih dikenali dengan nama Formaldehyde dehydrogenase.
- Larutan formalin amat berbahaya kepada kesihatan jika anda terdedah dengan bahan kimia tersebut pada kepekatan melebihi 20 bahagian per juta.
- Merupakan larutan bahan kimia yang tidak berwarna, mempunyai sifat yang mudah terbakar pada suhu bilik serta mempunyai bau yang agak menyengat atau “tajam”
- Boleh menyebabkan rasa terbakar pada mata, hidung dan paru-paru apabila terdedah pada kepekatan yang tinggi.
- Mudah larut dalam air dan tersejat udara.
- Digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis, resin urea formaldehid, hospital dan di makmal bagi tujuan pengawetan tisu spesimen.
- Merupakan karsinogen yang bertindak sebagai mutagen yang mampu menyerang, menganggu kenormalan serta memusnahkan bahan genetik yang terdapat dalam sel badan mangsa.
- Kajian menunjukkan pendedahan secara terus terhadap larutan formalin mampu menyumbang kepada penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia.
- Sebagai bahan pengawet agar kualiti dan jangka hayat daging ikan dan produk makanan laut dapat bertahan dengan lebih lama.
Cara Merawat Rambut Rosak Akibat Rebonding Rambut
Alat pengering rambut dapat merosakkan lagi jaringan rambut dan kulit kepala bahkan dalam kondisi rambut normal. Anda dinasihatkan untuk mengeringkan rambut secara semulajadi dengan membiarkan ia kering dengan sendirinya.
- Jangan menggaru kepala
Menggaru kepala bukan hanya menandakan bahawa keadaan rambut anda tidak sihat, dan memang tidak dapat dinafikan menggarukan kepala memberikan kenikmatan. Namun, bagi rambut yang direbonding ia akan merosakkan lagi kulit kepala jika anda menggarunya sekaligus merosakkan jaringan rambut dan menyebabkan kelemumur.
Baca Juga: Masalah Gatal Kulit Kepala
Cara merawat rambut rebonding dan untuk mengekalkan hasil rebonding tersebut, sebaiknya gunakan perawatan khusus yang disarankan.
Baca Juga: Penyebab Rambut Berbau
- Biasakan menggunakan sikat bergigi jarang
Sikat yang bergigi padat sebenarnya boleh merosakkan rambut. Hal ini bukan hanya untuk sesiapa yang membuat rebonding rambut, malah kepada rambut normal juga. Hal ini adalah kerana ia dapat mengelakkan rambut anda dari ditarik terlalu kuat.
Nota Kaki: Jika suka, sila SHARE artikel ini ya!
<< Baca 6 tabiat buruk anda yang boleh membuatkan rambut banyak gugur di sini.
No Comment