ResepiSajiSelera

Resepi Jeruk Mangga

resepi jeruk mangga - women online magazine

Jika anda menyukai mangga, lebih-lebih lagi mangga muda pasti menyukai jeruk mangga.

Tak kiralah jeruk mangga yang hampir masak, ataupun masih mengkal ataupun muda. Untuk membuat jeruk mangga ini sangatlah mudah. Bahan yang digunakan untuk Resepi Jeruk Mangga juga cukup mudah didapati. Lagipun, jeruk yang dibuat sendiri, bukan sahaja selamat untuk dimakan. Malahan, jauh lebih sedap kerana anda boleh mengolah sendiri Resepi Jeruk Mangga ini mengikut selera ataupun citarasa anda sendiri. Mahu manis, masam, pedas ataupun sedikit masin. Terpulang kepada anda.

Chef WOM.my mahu berkongsi Resepi Jeruk Mangga dengan anda semua. Selamat mencuba!

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

Mangga Muda – (ikut kehendak anda) Kupas kulitnya dan potong-potong memanjang.

Kapur sirih secukupnya.

Asam Boi (ikut kehendak anda).

Cili Padi- dipotong kecil (ikut kehendak anda,lebihkan jika anda mahu pedas).

Gula  Pasir(ikut kehendak anda).

Sedikit garam.

Cara Membuat Jeruk Mangga:

1. Buah mangga yang telah dipotong-potong memanjang direndam di dalam air yang telah dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya.

2.Rendam dan biarkan selama 40 minit. Setelah itu toskan dan cuci bersih agar kapur sirih tersebut hilang daripada mangga. Jika tidak, rasa pahit kapur sirih tersebut akan melekat ke mangga.

3. Setelah itu, gaul rata mangga dengan gula pasir, garam, cili padi yang telah dipotong kecil serta garam.

4. Kemudian masukkan di dalam balang yang sesuai. Tutup rapat-rapat dan sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

5. Lagi lama, lagi sedap! Selamat mencuba Resepi Jeruk Mangga yang ranggup dan sedap ini.

Kredit: Sekadar gambar hiasan.

<< Ketahui 17 Makanan Kelantan yang unik dan sedap di sini.

 

 

Previous post

Aduh, Sakitnya Gigi Berlubang!

Next post

Ayuh, Sertai Bengkel Jom Cantik & Sihat Bersama Women Online Magazine

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *