11 Jenis Telekung Sembahyang Paling Selesa
Foto: Sekadar hiasan
Pemakaian telekung sembahyang bagi wanita ketika bersolat merupakan budaya umat Islam.
Namun, pemakaian telekung sembahyang itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan pakaian itu perlulah bersih daripada sebarang najis.Telekung sembahyang suatu ketika dahulu banyak diperbuat daripada kain cotton putih.
Baca Juga: Jubah Cotton
Trend terbaru telekung sembahyang yang melanda ialah telekung sembahyang berwarna atau bercorak. Terdapat beberapa jenis telekung sembahyang yang boleh dijadikan pilihan saat ini. Antaranya ialah:
1. Telekung Sembahyang Bercorak Fabrik Rayon
Fabrik jenis ini diperbuat daripada selulosa, sama ada dari kayu palpa atau gentian kapas. Ia sejenis kain yang berkilat, licin, lembut, pengalir haba yang baik, senang untuk dicelup warna dan warna tidak luntur.Fabrik rayon ini sangat cantik, mempunyai harga yang sederhana, tahan lasak, tidak mempunyai kuasa elektrostatik dan mudah dicampur dengan fabrik lain. Namun fabrik jenis ini tidak selesa jika dipakai, mudah renyuk, mudah terbakar dan tidak tahan haba panas.
2. Telekung Sembahyang Tie Dye
Istilah tie-dye muncul daripada cara membuatnya iaitu proses mengikat dan mewarnakan fabrik atau pakaian yang kebanyakannya daripada kain kapas. Kebiasaannya coraknya menggunakan warna yang terang. Telekung sembahyang jenis ini mempunyai corak di bahagian bawah telekung sembahyang, manakala bahagian atas berwarna putih.
3. Telekung Sembahyang Denim
Denim menggunakan bahan jeans yang berat dan kelihatan terletak apabila dipakai. Namun, kain jenis ini sedikit panas jika dipakai ketika solat.
Baca Juga: Kemeja Denim
4. Telekung Sembahyang Cotton Putih
Fabrik jeinis ini berasal dari buah kapas. Ia licin, mudah terbakar jika terkena api.Tahan suhu yang panas, pengalir haba yang baik dan ia mudah menyerap lembapan. Fabrik cotton adalah murah, mudah didapati, cepat kering dan selesa. Namun, mudah renyuk dan bertahi lalat. Selain cotton berwarna putih, terdapat juga telekung sembahyang jenis lain seperti telekung sembahyang floral iaitu bercorak bunga dan telekung sembahyang berwarna kosong
Baca Juga: Motif Bunga
5. Telekung Sembahyang Sulam Penuh
Telekung sembahyang jenis ini menggunakan fabrik jenis cotton tetapi mempunyai corak sulaman penuh di seluruh telekung sembahyang. Telekung sembahyang ini terletak cantik di badan apabila dipakai.
6. Telekung Sembahyang Lycra
Lycra biasanya dicantum dengan bahan fabrik lain. Terdapat beberapa jenis lycra iaitu jenis yang berat sehingga terhasil bentuk badan si pemakai dan fabrik lycra mudah ‘tertarik' kainnya. Antara contoh lain ialahTelekung Lycra Bersulam.
7. Telekung Sembahyang Spandex
Spandex adalah sejenis fiber sintetik yang digabungkan dengan fabrik lain seperti Nylon, Cotton ataupun Polyester.Hasilnya, pakaian tersebut mampu mengembang (stretch) dan lembut serta selesa dipakai.
8. Telekung Sembahyang Jubah
Jubah seluar ini direka khas dengan gabungan baju, tudung dan sarung lengan dalam sepasang jubah. Ia amat sesuai ketika berjalan jauh (musafir) bagi jemaah wanita, tidak perlu membawa tudung atau telekung berasingan kerana ia menggabungkan kesemuanya dalam satu.
9. Telekung Sembahyang Satin Bersulam
Telekung sembahyang ini menggunakan sejenis kain yang berkilat serta mempunyai corak sulaman dibahagian bawah telekung sembahyang. Fabrik jenis ini adalah sedikit panas dan tidak menyerap peluh. Antara telekung sembahyang satin yang lain ialahTelekung Sembahyang Satin Organza.
Baca Juga: Kain Satin
10. Telekung Mini Beg Fabrik Nylon
Fabrik ini berasal daripada bahan arang batu (benzen atau femol oksigen, nitrogen, dan hidrogen). Ianya halus, nipis dan kenyal, kukuh, bercas elektrostatik dan menarik kotoran. Walaubagaimanapun ia tidak menyerap lembapan, mudah terbakar dan tidak boleh diredam dengan air panas.
11. Telekung Sembahyang Vietnam
Telekung Sembahyang Vietnam diperbuat daripada jenis Cotton Silk dan amat selesa dipakai kerana kainnya yang lembut dan melekat di badan. Jenis kain cotton ini adalah yang paling eksklusif di Vietnam.
Kesimpulan
Apapun pilihan anda, pastikan telekung sembahyang tersebut tidak jarang dan corak sulamannya tidak berlebihan serta menampakkan bahagian tubuh badan anda. Jaga aurat anda ketika solat dan elakkan menjadi riak apabila memakai telekung sembahyang yang bercorak atau berwarna dan jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui tips memilih kebaya yang sesuai dengan bentuk tubuh anda di sini.
No Comment