10 Cara Putihkan Ketiak Hitam Paling Berkesan
Kredit foto: herbeauty
Cara Putihkan Ketiak Hitam. Kadangkala muka nampak cantik, gaya dah cukup menggoda tetapi sayang… ketiaknya berkarat!
Wahai para wanita, jangan pandang ringan.Walaupun kedudukan ketiak agak tersembunyi, tetapi kesan gelap di kawasan ketiak ini mampu mencacatkan penampilan dan boleh membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Bagi yang suka memakai baju tanpa lengan pastinya ia menjadi masalah besar, tidak terlepas juga kepada yang berhijab dan sudah bersuami. Sememangnya anda akan berasa malu jika sang suami melihatnya. Jangan terkejut jika tiba-tiba suami mati selera tatkala melihat ketiak adan yang berkarat itu.
Baca Juga: Potong Stim Di Bilik Tidur
Rawatan memutihkan ketiak berkarat di pusat kecantikan kadangkala cukup mahal. Malangnya, tak semua cara itu kurang berkesan. Lagipun kebanyakannya banyak menggunakan krim pencerah yang ada bahan kimia sehingga menimbulkan kesan sampingan berbahaya kepada kesihatan. Sebenarnya ada cara putihkan ketiak semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jom, semak!
1. Lemon
Buah lemon mudah didapati di pasar atau pasaraya. Kandungan vitamin C yang tinggi dan amat bermanfaat sebagai pemutih semulajadi. Keberkesanannya untuk memutihkan kulit sangat bagus dan membuatkan kulit segar. Cara putihkan ketiak adalah dengan melulur lemon pada ketiak setiap hari. Selain memutihkan, lemon juga akan membantu membersihkan sisa sel kulit mati dan mampu membuat tubuh menjadi lebih wangi.
2. Mentimun
Mentimun merupakan buah yang sangat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit dan juga dapat digunakan untuk memutihkan kulit ketiak. Dengan menggunakan mentimun, noda hitam di kawasan ketiak dapat disamarkan dengan cara menghaluskan timun. Kemudian sapukan dikedua-dua belah ketiak. Lakukan dua kali dalam seminggu.
Baca Juga: Khasiat Mentimun
3. Kunyit
Rasanya ramai sudah tahu manfaat kunyit pada kecantikan wanita. Kunyit juga boleh dipakai sebagai lulur untuk ketiak yang gelap. Caranya ialah dengan menyapukan serbuk kunyit di kawasan ketiak. Biarkan beberapa saat kemudian bilas. Lakukan setiap hari untuk hasil yang mengagumkan, malah ia juga membantu mengatasi bau badan.
Campurkan yogurt asli dengan beberapa titis limau nipis. Kemudian aplikasikan bahan ini sebagai scrub di bahagian ketiak dan biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air sejuk dan Insyaallah ketiak akan lebih putih apabila dilakukan secara rutin setiap minggu.
Yogurt dan susu mengandungi asid laktat yang dapat dijadikan sebagai pemutih semulajadi kulit tidak terkecuali pada kulit di bahagian ketiak. Campurkan dua sudu yogurt dan tiga sudu susu. Kemudian gaul sebati dan sapukankan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang sejam. Kemudian bilas dengan air suam.
6. Kulit Limau
Sediakan kulit limau terlebih dahulu, kemudian keringkan kulit limau di bawah cahaya matahari. Parutkan kulit limau tersebut dan campurkan dengan sedikit susu dan air mawar. Gaul sehingga ia berbentuk pes. Gunakan sebagai skrub selama 10 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.
7. Ubat Gigi
Ambil ubat gigi dan sapukan pada hujung jari anda. Kemudian sapukan ubat gigi pada kawasan ketiak dan biarkan selama 15 minit. Lakukan cara ini secara rutin untuk hasil yang maksimum.
8. Minyak Kelapa & Kulit Limau
Minyak kelapa kaya kandungan vitamin E dan bermanfaat untuk kecantikan. Vitamin E dapat melembabkan kulit. Apabila vitamin E dikombinasikan dengan vitamin C maka kesannya adalah lebih bagus karana dapat digunakan untuk meningkatkan kolagen dan mencerahkan kulit di bahagian ketiak. Pertama kisar kulit limau bersama beberapa titis minyak kelapa kemuadian sapukan di bahagian ketiak.
Baca Juga: Khasiat Minyak Kelapa
9. Baking Soda
Bukan hanya untuk membuat kuih sahaja, baking soda juga mampu untuk dijadikan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada kulit ketiak. Buatlah pes daripada baking. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Apabila ketiak sudah kelihatan cerah, sebaiknya berhenti menggunakan baking soda karana akan menyebabkan iritasi jika terlalu kerap dipakai.
10. Menggosok Ketiak
Menggosok ketiak adalah salah satu cara memutihkan ketiak. Penggunaan deodorant supaya badan tidak menimbulkan bau yang tidak sedap akan meninggalkan kesan pada kulit ketiak, maka dari itu rajinlah menggosok ketiak ketika mandi untuk menanggalkan kesan deodorant yang menyumbat pori–pori kulit ketiak.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
<< Ketahui cara memanjangkan bulu mata di sini.
No Comment