Antara Kebaikan Soya, Mampu Mengurangkan Garis-Garis Kedutan
Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimiter.
Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya ‘Glycine Max’.Perkataan soya diambil dari perkataan bahasa Jepun yang bermaksud kicap (shoyu). Selain sumber protein yang tinggi, kacang soya juga kaya dengan pelbagai khasiatnya.
Kacang soya mempunyai kebaikan kepada tubuh badan manusia. Antaranya ialah:
- Kacang soya berbeza daripada makanan tumbuhan lain. Ini adalah kerana kandungan protein kacang soya sangat berkualiti tinggi.
- Soya juga mengandungi serat dan isoflavon. Isoflavon adalah sejenis sebatian tumbuh-tumbuhan yang dipanggil fitoestrogen. Ia yang mempunyai bahan estrogenik.
- Pengambilan makanan soya boleh mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Selain itu, soya mempunyai beberapa kesan positif pada kulit. Sebagai bahan penjagaan kulit, soya dikatakan dapat membantu mengurangkan kedutan, membaiki kerosakan disebabkan oleh cahaya matahari dan juga membantu menegangkan kulit yang berkedut.
Antara kebaikan soya untuk kulit ialah:
Soya dirujuk sebagai pelembap “pintar” kerana mempunyai kebolehan semula jadi untuk melembapkan kawasan yang kering dan pada masa yang sama ia mengurangkan kulit berminyak di bahagian kulit yang lain. Pelembap yang mengandungi soya dikatakan dapat membantu melembutkan dan melicinkan kulit serta meratakan warna tona kulit.
2.Kedutan
Sejenis bahan isoflavon yang terdapat dalam soya yang dipanggil sebagai saglycones telah menunjukkan bahawa ia dapat membantu dalam memperbaiki penampilan penuaan kulit, termasuklah mengurangkan garis-garis halus kedutan.
Soya membantu dalam meningkatkan ketegangan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen dan fiber merupakan bahan yang yang bertanggung jawap dalam proses menegangkan kulit.
Selain mengambil kacang soya sebagai sumber makanan, kacang soya juga boleh digunakan dari padasegi luaran. Jom cuba!
Rawatan Mandi Susu & Soya
Rawatan ini adalah untuk menghilangkan bau badan. Ia mengandungi campuran susu soya bersama susu kambing, madu dan aromaterapi. Masukkan ke dalam tab mandi berisi air suam. Berendamlah dalam 15 hingga 20 minit. Seeloknya lakukan untuk seminggu sekali.
Rawatan Mandi Lulur
Rawatan ini untuk menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembab. Bahan-bahannya ialah kacang soya,dadih, serbuk badam yang halus atau kasar dan juga madu. Kesemua bahan ini disatukan dan dikisar halus. Kemudian ia digosok ke badan hingga kering. Ia dikatakan cara paling berkesan untuk dapat kulit yang cantik, putih dan gebu.
Membuang Daki
Selain hampas kelapa, kacang soya juga dikatakan berkesan untuk menanggalkan daki pada badan. Ia melembutkan serta melembapkan kulit. Kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Tetapi ia perlu dicampur dengan air mawar atau air biasa untuk melembut, memutih dan menggebukan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Manakala taufu yang diperbuat daripada kacang soya juga boleh memberi kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.
Kebaikan Lain Kacang Soya Untuk Mencegah Penyakit ialah:
- Gastrik
- Demam
- Lelah
- Lenguh-lenguh sendi
- Kurang darah (Anemia)
- Kurang zat semasa hamil
- Cirit-birit
- Jerawat
- Masalah berat badan
- Darah tinggi dan darah rendah
- Alergi
- Tidak dapat tidur (Insomnia)
- Kanser payudara
- Lemah ingatan (Poor Memory and Dementia)
- Sistem imunisasi lemah (Declined Immune System)
- Osteoporosis
- Piles
- Sembelit
- Sakit jantung
- Selepas Pembedahan
- Selsema
- Kolestrol tinggi
- Kekurangan asid amino
- Gastrik Ulser
- Penyakit Sawan
- Strok
- Lebih lemak di hempedu
- Masalah pernafasan
Info Ekstra!
Namun begitu, penggunaan kacang soya kepada kanak-kanak pula tidak begitu digalakkan. Ini adalah kerana susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan. Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu. Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit ‘Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku serta kanak-kanak yang menghadapi masalah ‘Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.
Foto: sekadar gambar hiasan
<< Ketahui khasiat putih telur untuk kecantikan kulit wajah di sini.
No Comment