Oh! LelakiRomantika

5 Sebab Lelaki Anti Wanita ‘Mulut Murai’

√

Kredit Foto: exceptionalconsulting

Mulut murai. Ia merupakan simpulan bahasa yang digunakan untuk menggambarkan orang yang banyak bercakap atau banyak berkata-kata.

Selalunya wanita dikaitkan dengan mulut murai kerana perwatakan mereka yang bermulut becok, gemar membebel atau berleter, tidak mengira masa dan juga tempat.Bukan semua orang menyenangi wanita bermulut murai. Hal ini adalah kerana ia sangat menggangu ketenangan sesuatu tempat seperti di dalam rumah atau mungkin juga di luar rumah.

Wanita yang sering dikaitkan dengan mulut murai biasanya seorang isteri yang asyik berleter kepada ahli keluarga ,samada suami ataupun anak-anak. Itu jika si mulut murai berada di rumah dan melayan ahli keluarganya, bagaimana pula jika ada tetamu yang bertandang ke rumah? Pasti si mulut murailah yang paling banyak bercakap dan bercerita tentang itu dan ini kadangkala tidak tahu tentang kesahihan cerita tersebut, bimbang jika kita yang mendengar turut mendapat dosa memfitnah atau mengumpat.

 

Baca Juga: Cara Membersihkan Hati

 

Hal ini turut di bawa hingga ke tempat kerja, si mulut murai banyak menghabiskan masanya dengan bercerita dan tanpa disedari bergosip dengan rakan sekerja yang lain. Seolah-olah semua perkara tidak kena padanya dan diluahkan secara spontan tanpa berfikir panjang samada ada pihak yang akan sakit hati atau tidak.

Lelaki tidak menyukai wanita bermulut murai kerana apabila terlalu banyak berbicara boleh menimbulkan pergaduhan yang tidak diingini hanya kerana mulut yang berbicara. Lelaki akan mudah berasa bosan dengan sikap wanita mulut murai sehinggakan mereka merasakan tidak ada masa untuk merasa tenang.

 

Baca Juga: Tip Mendapat Ketenangan Hati

 

Si mulut murai juga cenderung untuk menjadi batu api atau pembawa kepada pergaduhan sesama rakan-rakannya sendiri. Mereka suka untuk membawa mulut bercerita tentang perihal orang lain terhadap orang lain tanpa memikirkan tentang aib orang tersebut. Apa yang mereka dengar atau lihat terus dijadikan sebagai ‘hot story’ tanpa melakukan usul periksa samada berita itu benar ataupun tidak.

Bukan untuk memburukkan si mulut murai tetapi kebanyakkannya menimbulkan pelbagai masalah seperti membawa pergaduhan, ketidakharmonian sesebuah institusi perkahwinan dan pekerjaan.

 

Info Ekstra!

5 sebab lelaki tidak menyukai wanita mulut murai

1. Terlalu banyak berbicara tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk berbicara.

2. Setiap perbicaraan menjurus kepada kesalahan orang lain dan memburukkan orang sekelilingnya.

3. Tidak menjaga perasaan orang lain tentang hal yang dibicarakan, sekalipun lelaki itu adalah kekasih atau suaminya.

 

Baca Juga: Tip Tawan Lelaki Pendiam

 

4. Mengusutkan keadaan dengan suara si mulut murai yang tidak berhenti bercakap, situasi ini amat merimaskan lelaki.

5. Suka mengambil tahu hal orang lain tetapi hal sendiri tidak diperbetulkan.Biasanya wanita sebegini, tidak suka apabila dirinya ditegur ataupun dikritik.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara-cara menundukkan lelaki panas baran di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

5 Jus Untuk Kurus Yang Perlu Anda Cuba Kalau Nak 'Slim'

Next post

6 Khasiat Putih Telur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *