CantikKulit

17 Khasiat Garam Bukit

khasiat garam bukit - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Penggunaan garam bukit kini semakin popular di kalangan mereka yang mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan.

Garam bukit ini wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun dahulu dan berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau ‘pink’.Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses.

Oleh sebab itu ia merupakan sejenis garam yang terbaik untuk kesihatan manusia. Amat menakjubkan, garam bukit asli mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.

 

Baca Juga: Suntik Vitamin C

 

Namun tahukah anda, khasiat garam bukit hanya berkesan digunakan pada waktu pagi? Terutamanya pada waktu subuh dan ia tidak digalakkan digunakan pada waktu malam kerana ia tidak berfungsi pada waktu malam. Jika anda menggunakannya ia seolah-olah sama sahaja dengan keadaan anda tidak mengambilnya.

Malah,pengambilan secubit garam bukit di waktu pagi juga menjadi amalan pemurah rezeki dan secubit sebelum dan selepas makan bertujuan untuk memperbaiki kesihatan. Khasiat garam bukit ini adalah ia dijadikan sebagai bahan untuk pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Kesemua produk ini digunakan secara meluas di spa untuk merawat tubuh dan wajah.

Khasiat Garam Bukit:

  1. Meningkatkan aura dan potensi diri.
  2. Membantu mengatasi masalah jerawat.
  3. Mampu menghilangkan parut.
  4. Membuang toksin dalam badan.
  5. Menanggalkan sel kulit mati.
  6. Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan.
  7. Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi.
  8. Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.
  9. Sesuai utk semua lapisan umur dan tidak mempunyai kesan sampingan.
  10. Mengimbangkan tekanan darah.
  11. Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
  12. Menguatkan struktur tulang.
  13. Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah.
  14. Melancarkan sistem saraf.
  15. Membantu pembaharuan semula sel-sel dalam badan.
  16. Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna.
  17. Menguatkan tenaga batin.

 

Garam Bukit Untuk Mandian & Rendaman

Amalan merendam kaki atau mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

Selain itu,khasiat garam bukit yang lain adalah ia akan mengurangkan bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Ia juga sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakan khasiat garam bukit ini dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan anda.

 

Khasiat Merendam Kaki dengan Garam Bukit

 

Cara-Cara Menggunakan Khasiat Garam Bukit Untuk Rendaman Kaki, Mandian Dan Skrub Badan

Campurkan 5 sudu besar garam bukit ke dalam air biasa atau air suam. Anda juga boleh menggunakan air yang bercampur dengan ais.

1. Rendaman

Rendam kaki atau badan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya rendaman ini dibuat pada waktu rehat atau sebelum hendak tidur.

 

Baca Juga: Cara Menghilangkan Daki

 

2. Mandian

Mandi dengan air bancuhan garam bukit dan biarkan air garam bukit tadi meresap ke tubuh badan selama beberapa minit.Kemudian bilas badan dengan air biasa

 

3. Skrub

Bancuhkan dengan pekat garam bukit supaya boleh dijadikan skrub. Kemudian lulurkan ke seluruh badan atau di tempat tertentu yang ingin di rawat dengan garam skrub. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan bilas dengan air biasa.

Terdapat pelbagai garam bukit yang dijual di pasaran. Pastikan anda membeli garam bukit yang asli dan jangan mudah tertipu dengan garam bukit tiruan. Antara, garam bukit yang popular adalah Garam Bukit Himalaya.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui kebaikan soya sehingga mampu mengurangi kedutan-kedutan wajah di sini.

Previous post

Pemakanan Seimbang Penting Buat Bayi Anda

Next post

Ada 8 Menu Sarapan Pagi Kurang Menyihatkan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *