ModeStail

Bergaya Dengan Fesyen Baju T-shirt Murah

Baju T-shirt Murah - women online magazine

Kredit Foto: sstylewomendhresourceimages-amazonpurpleleavesmyntassets

Baju T-shirt Murah. Ianya lebih dikenali sebagai T-Shirt adalah salah satu fesyen baju yang tidak pernah ditelan zaman. Ia dinamakan sempena bentuk baju tersebut yang berbentuk seperti huruf T.

Baju T-shirt juga kebiasaannya berlengan pendek dan berleher bulat. Namun, kini ia telah mendapat pelbagai inspirasi baru seperti baju T-Shirt berlengan panjang, berkolar dan murah! Baju T-shirt mempunyai harga yang murah berbanding fesyen baju lain.

Hal ini adalah kerana ia diperbuat daripada kain kapas dan pelbagai jenis kain lagi. Pembuatan baju T-shirt lebih murah kerana mudah serta menggunakan mesin automatik termasuklah pemotongan kain menggunakan laser.

Pemilihan fabrik baju T-shirt adalah berbeza dan mengikut kepada kegunaan pakaian tersebut samada untuk sukan, kasual dan sebagainya. Berikut adalah perbezaan jenis-jenis fabrik baju T-shirt tersebut.

 

Baca Juga: Kain Cotton Terbaik

 

  • Baju T-Shirt Murah Menggunakan Fabrik Tetra Cotton

Fabrik dari jenis Tetra Cotton merupakan campuran cotton dan ianya bukanlah 100% diperbuat dari kapas. Fabrik jenis ini biasanya lebih murah berbanding fabrik jenis 100% Cotton. Baju T-shirt murah yang menggunakan fabrik ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah dan menengah, tadika, atlet sukan sekolah dan sebagainya. Fabrik jenis Tetra Cotton ini kurang meresap peluh berbanding fabrik jenis 100% Cotton. Namun, Tetapi fabrik dari jenis ini lebih tahan lama dan tahan lasak malah tidak mudah meregang apabila dibasuh dan dipakai.

 

  • Baju T-Shirt Murah Menggunakan Fabrik Cotton 100%

Fabrik Cotton merupakan kain yang paling mendapat permintaan tinggi dan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti aktiviti indoor mahupun outdoor. Fabrik dari jenis ini mudah meresap peluh dan selesa dipakai. Ianya lebih lembut berbanding kain jenis tetra cotton. Fabrik jenis 100% cotton kebiasaannya lebih tebal dan lebih tahan lasak. Terdapat dua jenis fabrik Cotton iaitu Cotton Biasa dan Cotton High Grade.

 

Baca Juga: Kain Satin Power

 

  • Baju T-shirt Murah Menggunakan Fabrik Lacoste

Ini merupakan fabrik campuran antara cotton dan polyester. Fabrik jenis ini lebih lembut berbanding Tetra Cotton. Namun material ini kurang meresap peluh. Walaupun begitu, fabrik ini banyak digunakan untuk pakaian formal seperti baju yang mempunyai kolar.

  • Baju T-Shirt Murah Menggunakan Fabrik Micro Fibre

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa fabrik jenis Micro Fibre ini amat selesa dan sedap dipakai. Kebiasaanya ia digunakan untuk aktiviti lasak dan rekreasi seperti hari sukan dan aktiviti luar termasuklah untuk jersi bola. Fabrik ini tidak meresap peluh dan akan menyebabkan cepat terasa panas. Fabrik ini juga dipanggil Quick Dry kerana cirri-cirinya yang cepat kering dan ringan.

 

  • Baju T-shirt Murah Mneggunakan Fabrik Cotton Interlock

Fabrik ini mempunyai kualiti yang sangat tinggi. Ia lebih tebal berbanding fabrik lain. Tambahan pula ia lebih lembut dan tidak panas walaupun ianya lebih tebal. Bagi sesiapa yang mementingkan keselesaan dan kualiti, anda bolehlah memilih fabrik jenis ini. Kadangkala, kita sebagai pengguna kurang memberi perhatian terhadap jenis fabrik yang digunakan, tetapi kita lebih tertumpu kepada fesyen dan style baju T-shirt tersebut. Pelbagai jenis baju T-shirt murah yang boleh anda dapati di pasaran.

 

Bergaya Dengan Fesyen Baju T-shirt Murah

Baju T-shirt Murah - women online magazine (1)

 

1. Baju T-Shirt Murah Berleher V

Kebelakangan ini baju T-shirt murah sangat mudah didapati dalam pelbagai jenis style. Antaranya ialah baju T-shirt murah berleher V. Ianya sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa dan di mana jua. Baju T-shirt murah berleher V turut direka khas bagi kaum lelaki dan juga kaum wanita. Pelbagai jenis warna yang boleh dipilih dan dipadankan dengan pelbagai jenis seluar.

 

2. Baju T-Shirt Murah Berleher Bulat

Baju T-shirt murah berleher bulat sememangnya menjadi pakaian wajib yang perlu ada bagi setiap orang. Selain ia tampak ringkas dan kemas, ia juga tampak bergaya jika anda bijak bermain dengan warna. Warna putih merupakan warna pilihan ramai dan anda pasti menjadi perhatian jika mengenakan baju T-shirt murah berwarna putih. Ia kelihatan sama sahaja antara yang mahal dan juga yang murah.

 

 

Baju T-shirt Murah - women online magazine (2)

 

3. Baju T-Shirt Murah Berlogo

Golongan muda kebanyakkannya amat menggemarkan baju T-shirt murah yang berlogo kerana ia seakan-akan kena dengan jiwa mereka yang masih mudah. Pelbagai jenis logo boleh dicetak pada baju T-shirt murah seperti logo jenama ataupun watak filem animasi.

 

 

4. Baju T-Shirt Murah Bertulisan

Baju T-shirt murah tidak terhad kepada pilhan warna semata-mata, kini anda boleh memilih baju T-shirt murah bertulisan untuk dipakai selain kadangkala kata-kata yang ditulis pada baju tersebut boleh menjadi sumber inspirasi anda malah kepada orang yang membacanya juga. Sebagai contoh, kata-kata semangat, kata-kata nasihat dan juga nama jenama sesuatu barang.

 

 

Baju T-shirt Murah - women online magazine (3)

 

5. Baju T-Shirt Murah Bercorak Fauna

Trend terkini yang makin menjadi kegilaan ramai iaitu baju T-shirt murah bercorak fauna. Mungkin ia kelihatan pelik namun jika kena dengan perwatakan anda ianya akan tampak bergaya dan stylo. Baju ini sangat sesuai dipakai oleh kaum lelaki yang mempunyai karakter watak yang agak ganas. Antara corak fauna yang ada di pasaran ialah harimau bintang, harimau bintang malah ikan koi.

 

Baca Juga: Corak Motif Bunga

 

Info Ekstra!

– Pemakaian baju T-shirt murah adalah tidak mengira usia cuma anda perlu bijak memilih corak dan gaya pemakaiannya.

– Anda boleh menggayakan baju T-shirt murah bersama jenas biru. Ia tampak bergaya dan sangat klasik.

Menggayakan baju T-shirt murah bersama skirt midi. Pilih baju T-shirt murah yang agak longgar dan pakai bersama skirt midi pasti menmpakkan anda begitu klasik dan unik.

– Selain itu, baju T-shirt murah juga boleh dipakai bersama seluar sukan atau legging.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya!

<< Tampil lebih bergaya dengan jubah hitam. Baca di sini.

Previous post

Tips Pilih Alas Bedak Yang Tepat Supaya Wajah Nampak Gebu

Next post

10 Sebab Kenapa Dia LAYAK Dipanggil "SAHABAT SEJATI"

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *