Ketahui Punca Resdung & Tanda-Tanda Anda Sudah Terkena!
Adakah hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin,berhingus terutama pada waktu pagi serta mata sering berair?Jika ya, anda berkemungkinan menghadapi masalah resdung atau sinusitis.
Apa Itu Resdung?
Resdung ialah satu keadaan di mana seseorang menjadi alergi kepada pelbagai agen persekitaran seperti debu,habuk atau biji-biji debunga atau tumbuh-tumbuhan. Bagaimanapun, resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak bukanlah penyakit genetik. Tetapi masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada penyakit resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul. Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami asma.
Jenis resdung
- Akut
- Kronik
Akut
Serangan alahan yang serius berlaku berulang-ulang pada hidung dalam tempoh dua minggu akan menyebabkan hidung tersumbat.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna,cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan lalu menyebabkan jangkitan akan berlaku berterusan.Antara ciri-ciri resdung akut ialah:
- Hidung berair,tersumbat dan rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutamanya di dahi dan pipi.
- Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi.
- Rasa sakit apabila tunduk dan sujud.
Kronik
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan ia berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik akan mengalami:
- Kegatalan pada bahagian muka yang teruk.
- Jerawat yang banyak.
- Kerap bersin pada waktu pagi.
- Hidung tersumbat.
- Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala.
- Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk.Adakalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
Punca Resdung:
- Bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia.
- Asap rokok.
- Debu tanah dan udara yang tercemar.
- Selimut, bantal, tilam.
- Makanan laut seperti udang, kerang, sotong, ketam.
- Makanan berminyak,pedas dan berlemak.
- Buah durian,rambutan,nenas, terutama tomato.
Tanda-Tanda Anda Mengalami Penyakit Resdung
- Sering mengalami hidung tersumbat.
- Mempunyai lendir dari hidung dan tekak.
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata.
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
- Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.
- Mengalami jerawat di muka dan badan.
- Nafas berbau.
- Kulit kepala berkelumumur,gatal dan rambut gugur.
- Sering berasa sakit kepala, pening dan migraine.
Cara Mengatasi Masalah Resdung
- Elakkan membela binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
- Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik.
- Selalulah membasuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Gunakan pembersih yang mempunyai penapis yang baik.
- Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
- Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
- Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
Rawatan Untuk Resdung
Rawatan yang bersesuaian akan disyorkan mengikut gejala pesakit dan hasil diagnosis:
- Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut).
- Ubat selesema.
- Ubat titis atau semburan hidung(Dekongestan).
- Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Kesimpulan
Walaupun terdapat beberapa jenis ubat di luar sana untuk mengubati penyakit resdung ini,namun pengguna dinasihatkan agar mendapat maklumat yang betul sebelum menggunakan sesuatu ubat.Mengenalpasti penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses perubatan,oleh itu dapatkan nasihat doktor anda dengan segera.
<< Ketahui punca dan tips mengatasi rabun silau di sini.
No Comment