Tips Kekalkan Kecantikan Kulit Ketika Bercuti Terutama Dalam Cuaca Panas
Bila berbicara tentang percutian,terus terbayang keindahan pantai, air laut yang biru, ombak yang memukul dan pepohon kelapa yang melambai-lambai.
Lebih mengasyikkan dapat berenang, bermain pasir dan berlarian di tepian pantai.Namun bagaimana untuk mengekalkan kulit cantik walaupun sedang bercuti?Kadangkala kulit akan menjadi kusam akibat terkena sinaran cahaya matahari dan mungkin akibat persekitaran yang kotor.Ketahui rahsia kulit cantik ketika bercuti.
Jika anda mengadakan aktiviti di kolam renang mahupun di tepi pantai, anda harus berhati-hati kerana kandungan air garam atau klorin yang terdapat di dalam kolam renang boleh mengakibatkan rambut serta kulit anda menjadi kering akibat dehidrasi serta menjadi kusam dengan serta merta. Sebaiknya anda dinasihatkan untuk menggunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum anda membuat aktiviti luar.
Dalam pada masa yang sama, anda perlulah berhati-hati ketika menyapu krim tersebut kerana kadangkala krim tersebut tidak sesuai dengan kulit anda dan akan mengakibatkan kulit wajah anda terutamanya mengelupas. Oleh itu, selepas anda mandi di kolam renang ataupun laut, sebaiknya anda bilas dahulu tubuh anda dengan air bersih dan keringkan menggunakan tuala yang lembut. Setelah itu, kekalkan kelembapan kulit dengan menyapu gel wajah yang mengandungi aloevera serta sapukan pelembap wajah yang mengandungi kadar air yang banyak.
Rahsia kulit cantik sangat berkait rapat dengan pemilihan produk wajah. Jika anda memiliki kulit berminyak atau mempunyai liang-liang roma yang besar, sebaiknya gunakan krim pelindung sinaran matahari yang berbentuk cecair atau gunakan jenis semburan kerana ia lebih ringan dan kurang menimbulkan masalah pada kulit.
Krim pelindung snaran matahari yang berbentuk stick lebih tahan lama disebabkan ia kalis air dan peluh. Selain itu, anda juga boleh menggunakan krim anti oksida yang mengandungi ‘green tea’, vitamin E, shea butter atau minyak lavender. Hasilnya kulit yang kemerah-merahan akan menjadi normal kembali.
Ketika anda berada di kawasan yang panas, anda tidak digalakkan untuk menyapukan bedak alas kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan comot. Sebaiknya gantikan bedak alas tadi dengan tinted moisturizer dengan kadar SPF 15 yang lebih ringan. Ia mampu menutup noda-noda hitam pada wajah dan melekat dengan baik biarpun berada di bawah pancaran matahari.
Bagi yang memiliki jenis wajah yang berminyak, kelenjar minyak akan menghasilkan minyak dengan banyak jika berada di kawasan yang panas. Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah menyapukan krim anti kilat sebelum bersolek untuk member kesan matte pada wajah. Gunakan bedak alas yang bebas minyak serta sediakan kertas yang menyerap minyak pada wajah. Sapukan sedikit lip gloss supaya memberi kesan seksi. Untuk mengelakkan bibir dari menjadi kering, sapukan lip balm dengan SPF 15 bagi melindungi bibir daripada kekeringan. Bagi yang suka memakai mascara, pilih mascara yang tahan air agar ia tidak mudah luntur.
Udara panas boleh menyebabkan kulit kaki anda menjadi seperti bersisik dan kering. Anda tidak perlu bimbang kerana untuk mengembalikan kelembapan kulit kaki anda, anda hanya perlu menyapukan masker yang digunakan pada wajah dan sapukan pada kaki setiap malam setelah selesai mengadakan aktiviti luar. Anda akan mendapati kulit kaki anda lebih mulus dan lembut serta kembali segar.
Banyakkan minum air putih kerana anda akan banyak kehilangan air apabila kerap berjemur di kawasan yang panas. Untuk mengatasi kulit kering dan berkeruping anda boleh menyembur atau merendamkan bahagian kulit tadi dengan cuka serta ais. Anda juga boleh menyapukan sedikit yogurt pada kulit dan biarkan selama lebih kurang 10 minit kemudian bilaslah menggunakan air sejuk.
Jika anda sering mengadakan aktiviti di bawah sinaran matahari, lebih baik jika anda menghindari dari mewarnakan rambut. Minimumkan penggunaan pengering rambut dan sebaiknya gunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Anda juga perlu menggunakan syampu rambut yang kaya dengan pelembab dan bertekstur lebih ringan. Gunakan pelembab rambut setiap kali anda keluar.
Kredit foto: rumahtips
<< Kenali jenis makana pencegah penyakit wanita di sini.
No Comment