Wanita Menopause Juga Boleh Fit!
Kepentingan gaya hidup sihat bukanlah hanya untuk golongan muda sahaja, bahkan golongan berusia juga. WOM.my ingin berkongsi kepentingan gaya hidup sihat menjurus kepada wanita yang menghampiri saat getir menopause.
Apabila memasuki usia menopause, ramai wanita akan berasa risau dan khuatir serta menjadi lemah. Hal ini adalah kerana kadar hormon terutamanya estrogen yang kian berkurangan akan menimbulkan peningkatan berat badan atau muncul timbunan lemak di kawasan perut.
Perkara Yang Perlu Diberikan Perhatian
1. Anda cenderung untuk mengalami perubahan berat badan
Kekurangan hormon-hormon yang penting akan menyebabkan para wanita yang menghampiri usia menopause akan makan dalam jumlah yang banyak. Anda juga perlu berwaspada terhadap kemungkinan timbulnya penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan juga diabetes mellitus. Kekurangan kadar hormon estrogen juga boleh menyebabkan kadar kolestrol dalam darah semakin meningkat.
2. Pilih makanan yang tepat
Oleh itu, anda perlu memilih makanan yang tepat demi kesihatan tubuh badan anda. Anda perlu mengatur pola pemakanan dan melakukan gaya hidup sihat. Pola makanan yang betul terdiri daripada lima kelompok zat iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral mengikut kepada keperluan tubuh badan anda.
Untuk mengatur kadar kolesterol, sebaiknya anda menambah pengambilan makanan berserat tinggi, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak padat yang tinggi seperti santan.
Bagi pengambilan protein seperti ayam, pilihlan daging ayam tanpa kulit. Ikan juga merupakan pilihan protein yang tepat kerana ikan laut khususnya mempunyai sumber DHA (Docosa Hexaenoic Acid) yang mampu menurunkan kadar kolesterol.
Selain itu, pilihlah makanan seperti tauhu, susu soya, dan kekacang kerana bahan makanan tersebut mengandungi fitoestrogen iaitu zat dari tumbuh-tumbuhan yang bersifat seperti estrogen, namun dengan kadar yang lebih rendah. Selain itu, jangan lupa minum air putih sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas setiap hari.
Proses penuaan juga mampu menurunkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat gizi. Oleh itu, anda mungkin memerlukan beberapa jenis vitamin dan mineral untuk mempertahankan kesihatan tubuh, misalnya vitamin E, vitamin D, dan juga kalsium.
Pelbagai penyakit akan timbul akibat menurunnya kadar hormon estrogen yang berfungsi sebagai pelindung bagi wanita. Oleh itu wanita menopause perlu menjaga kesihatan dengan melakukan senaman agar tetap sihat dan cerdas. Dengan melakukan senaman ringan secara teratur, anda dapat mengawal peningkatan berat badan. Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan menguatkan tulang.
3. Ubat pelangsing
Ubat pelangsing boleh mempempengaruhi hormon gonadotropin pada otak, serta meningkatkan hormon prolaktin yang akan memberi tekanan pada pengeluaran hormon gonadotropin. Gonadotropin adalah hormon yang bertanggung jawab terhadap perkembangan telur di dalam ovarium. Jika hormone ini semakin berkurangan, lama-kelamaan telur tidak boleh membesar dan menyebabkan ia mati dan haid akan terhenti. Ini sekaligus tidak menggambarkan kepentingan gaya hidup yang sihat jika anda kerap mengambil ubat-ubatan yang mempunyai bahan kimia.
4. Ubat penyubur kehamilan
Ubat penyubur kehamilan sebaiknya tidak diambil dalam tempoh yang lama. Hal ini adalah kerana ia hanya boleh diambil selama enam bulan dan jika selepas tempoh enam bulan anda tidak hamil, sebaiknya anda berhenti dari mengambil ubat tersebut.
5. Merokok
Wanita yang merokok akan mengalami menopause dua hingga tiga tahun lebih awal daripada usia sepatutnya. Nikotin dan racun lain di dalam rokok akan mengurangkan kemampuan paru-paru untuk menyalurkan oksigen ke dalam aliran darah. Racun daripada rokok juga akan membuatkan saluran darah menjadi kaku, sehingga mengganggu peraliran darah ke jaringan dan sel tubuh lain. Merokok juga menunjukkan bahawa wanita tersebut tidak mementingakan gaya hidup sidat di dalam rutin hariannya. Ini akan memberikan kesan negatif terhadap diri dan kelarga.
6. Mendapatkan sokongan moral
Menopaus yang datang secara ‘normal' adalah pada usia sekitar 50 tahun, namun ada juga yang datang lebih cepat. Anda perlulah mendapatkan sokongan moral dari ahli keluarga dan sahabat handai.
7. Makanan yang baik untuk menopause
Menambahkan makanan yang berkhasiat seperti di bawah dapat membantu mengurangkan gejala yang berhubungan dengan menopause.
Antara Makanan Yang Sesuai Untuk Wanita Yang Menghampiri Menopause Ialah:
- Tauhu merupakan sumber pengganti daging dan protein. Ia juga sama juga seperti produk tenusu yang lain. Selain itu, ia dapat membantu menurunkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung. Tahu juga dapat mengurangi kesan sampingan yang disebabkan oleh menopause.
- Kacang merah dan kekacang lain yang mengandungi serat tinggi yang dapat membantu mengurangkan risiko berbagai jenis kanser. Dalam hal ini, wanita memerlukan 30 gram serat setiap hari.
- Yoghurt kaya dengan kandungan kalsium dan dapat membantu mencegah osteoporosis. Yoghurt juga mengandungi protein yang dapat membantu tubuh untuk menjaga jisim otot dan melawan rasa letih.
- Blueberry menurut penelitian terbaru menunjukkan bahawa buah ini dapat membantu memulihkan rasa cepat lupa dalam jangka pendek kerana ia mengandungi antioksidan.
- Avokado mengandungi antioksidan seperti vitamin E yang dapat melindungi penglihatan dan kulit. Sejajardengan usia, radikal bebas boleh merosakkan sel-sel tubuh. Selain itu, avocado juga mengandungi kadar lemak yang tinggi, dan mungkin hal ini kedengaran seperti membaa keburkan tetapi lemak di dalam avokado adalah lemak yang sihat. Lemak ini terbukti dapat memperbaiki rambut dan kulit.
Kesimpulan
Kepentingan gaya hidup sihat sudah tentu berkait rapat dengan aktiviti beriadah serta senaman. Senaman boleh membantu keadaan ini dengan menggalakkan pembakaran kalori dan meminimumkan kenaikan berat badan akibat peningkatan umur. Secara amnya program senaman untuk wanita menopause merangkumi senaman ketahanan atau aerobik (endurance exercise), senaman kekuatan (strength exercise), dan senaman imbangan (balance exercise).Senaman yang melibatkan angkat berat dan rintangan adalah lebih berkesan untuk meningkatkan ketumpatan mineral tulang belakang wanita yang sudah menghampiri menopause.
Kredit foto: putthatcheeseburgerdown
<< Ketahui senaman untuk mengecilkan punggung anda yang lebar di sini.
No Comment