Gaya HidupSantai

10 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati Di Korea!

tempat menarik di korea - women online magazine

Sebut sahaja Korea mesti anda terbayang artis K-Pop yang menjadi kegilaan para remaja pada masa kini ataupun sebuah rancangan televisyen sangat popular terutamanya di negara Asia iaitu Running Man.

Namun,kali ini WOM.my ingin berkongsi 10 tempat menarik di Korea yang wajib anda lawati jika melancong di sana. Jom lihat 10 tempat menarik tersebut.

tempat menarik di korea - women online magazine 1

1. Gyeongbokgung

Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. Jika anda berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, anda akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi Presiden Korea Selatan. Tempat ini juga menjadi lokasi penggambaran drama Korea terkenal yang berkisarkan perjalanan hidup satu-satunya doktor perempuan ketika pemerintahan Dinasti Joseon. Korea iaitu ‘Jewel In the Palace’.

2. Insa-dong

Jika anda bercadang untuk membeli hadiah atau cenderamata dari Korea untuk keluarga, sahabat dan orang tersayang di tanah air,datanglah ke Insa-dong.Jalan ini dipenuhi dengan pelbagai kedai yang menjual cenderamata pada pada harga yang berpatutan. Satu bonus jika anda pandai berbahasa Korea kerana anda boleh tawar menawar dengan penjual.Kalau anda bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, anda juga dapat melihat persembahan kebudayaan di Insa-dong ni.

3. Myeongdong

Salah satu tempat menarik di Korea ialah Myeongdong. Ia merupakan syurga fesyen dan kosmetik di Korea. Yang menariknya,setiap jenama kosmetik Korea mempunyai cawangan di Myeongdong. Oleh itu,persaingan benar-benar sengit kerana terdapat beribu-ribu kedai kosmetik dan kedai penjagaan kulit. Bagi anda yang mencari restoran halal di sini, terdapat dua pilihan iaitu Restoran Saffron (makanan Arab) dan Restoran Agra(makanan India) dan harganya tidak terlalu mahal. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeongdong ini setiap hari,jadi anda dinasihatkan supaya berhati-hati jika berjalan ke sini.

4. Namsan

Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah-tengah kota Seoul. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Menariknya mengenai Namsan ini ialah ‘love padlock’. Bagaikan satu kemestian untuk setiap pasangan sekiranya datang ke puncak ini untuk meletakkan kunci yang mempunyai nama pasangan masing-masing di sini. Untuk sampai ke puncak Namsan, terdapat 3 cara iaitu menggunakan cable car, menaiki bas (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk) ataupun berjalan kaki. Di puncak Namsan ini juga terdapat Namsan Tower iaitu sebuah tempat ala-ala KL Tower yang membolehkan anda melihat keindahan Seoul dari atas sambil bersantai.

5. Namdaemun Market

Jika ada yang bertanya, dimanakah tempat membeli belah yang murah,semestinya Namdaemun Market.Di Namdaemun Market, segalanya ada dijual di sini dengan harga yang murah. Pakaian, barang kemas, beg, permainan kanak-kanak, souviner, dan makanan, semuanya dijual disini. Ia merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di Korea.

tempat menarik di korea - women online magazine 2

6. Cheonggyechon Stream

Cheonggyechon Stream merupakan salah satu tempat menarik di Korea. Walaupun ia merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul,namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai Cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai. Pada awal November setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena Festival Tanglung Korea.

7. Lotte World dan Samsung Everland

Lotte World ini mempunyai taman tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenaline anda mengalir laju. Anda juga boleh memilih untuk pergi ke taman tema yang besar di Seoul iaitu Samsung Everland.

8. Gamcheon Culture Village

Tempat menarik di Korea yang seterusnya merupakan lokasi penggambaran salah satu episod Runningman iaitu Gamcheon Culture Village. Ia merupakan tempat yang sangat cantik dan unik seolah-olah anda berada di Santorini,Greece. Maka tidak hairanlah Gamcheon Culture Village digelar ‘Santorini Korea’. Menariknya pasal tempat ini ialah ia merupakan kawasan perkampungan setinggan yang diubah menjadi kelainan dengan bangunannya yang diwarnakan berwarna warni serta terdapat lukisan mural yang indah. Rumah-rumah yang berbagai warna tersusun cantik dilereng bukit sememangnya menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Jangan lupa untuk bergambar di lokasi ini.

9. Nami Island

Pulau Nami adalah tempat menarik di Korea dan wajib anda lawati. Pulau Nami terkenal kerana ia menjadi lokasi pengambaran drama hit Korea iaitu Winter Sonata. Malah drama Malaysia juga turut melakukan penggambaran di sini menerusi drama Panggilan Pulau Nami. Pemandangan yang cantik dengan pokok-pokok dan sungai menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama. Pengunjung juga boleh menaiki bot ke Pulau Nami dan menikmati pemandangan yang indah.

10. Persisiran Han River

Tempat menarik di Korea yang terakhir ialah persisiran Han River. Han River merupakan sungai terbesar di Bandar Seoul dan menjadi tumpuan masyarakat Korea. Kebanyakan yang datang ke Han River adalah untuk beriadah dan menenangkan fikiran. Musim yang sesuai untuk ke sini adalah pada musim bunga dan musim panas. Antara aktiviti yang seronok dilakukan di sini ialah berbasikal. Anda boleh menyusuri persisiran sungai Han dengan berbasikal kerana sungai ini sangat panjang dan taman yang sangat luas.

Anda ingin juga menikmati saat-saat romantis seperti dalam drama Korea? Tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda ke Korea sekarang.

Kredit foto: travelingdictionary, teacherspagechosonpathlurimatraveltravelbloglivingworkingexploringkorea

<< Ketahui lebih lanjut 10 tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Bandung di sini.

Previous post

Bersalin Dalam Air. Alternatif Baru Untuk Melahirkan Si Bayi, Tapi Selamat Ke?

Next post

Kerap Sakit Perut, Petanda Awal Anda Hamil?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *