FamiliPermata Hati

Betul Ke Makanan Laut Tidak Elok Dimakan Oleh Para Ibu Mengandung?

Makanan Ibu Mengandung - Woman Online Magazine

Semasa mengandung, para ibu bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan, tetapi yang lebih penting ialah tahu tentang apa yang dimakan.

Makanan laut mempunyai zat dan khasiatnya yang tersendiri. Namun, tidak semua makanan laut sesuai dimakan oleh ibu mengandung.Makanan ibu mengandung perlulah mempunyai kadar protein, kalori, vitamin dan karbohidrat yang cukup. Para ibu juga harus mengambil kira tentang tumbesaran bayi di dalam kandungan dan anda tidak boleh mengambil apa jua makanan dengan sewenang-wenangnya.

Makanan laut adalah salah satu jenis makanan yang mengandungi nutrisi yang cukup tinggi. Namun, sebaiknya ibu mengandung perlu berhati-hati dalam pengambilan makanan  laut. Hal ini adalah kerana, tidak semua makanan laut selamat bagi ibu mengandung.

Mungkin anda pernah mendengar bahawa ikan laut merupakan sumber utama bagi omega 3 seperti DHA dan EPA yang sangat penting untuk perkembangan otak serta tumbesaran mata bayi. Ikan laut mempunyai kadar lemak yang rendah, tinggi protein, vitamin D, dan pelbagai nutrisi lain tetapi tahukah anda terdapat sesetengah ikan laut mengandungi kontaminan seperti merkuri? Kadar logam berat dalam dos yang tinggi adalah amat merbahaya kepada perkembangan otak dan sistem saraf bayi. WOM.my menyenaraikan beberapa makanan laut yang bahaya jika dimakan oleh ibu mengandung. 

Ikan Yang Mempunyai Merkuri

Merkuri sangat mempengaruhi perkembangan bayi, khususnya sistem saraf. Hampir kesemua ikan mengandungi beberapa kadar merkuri. Contoh ikan tilefish, escolar, ikan todak, oranye roughy, king mackerel, marlin dan hiu yang mungkin mengandungi  merkuri dalam kadar yang sangat tinggi. 

Oleh yang demikian, ikan jenis ini tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Adalah sangat disarankan  bahawa ibu mengandung harus berhenti daripada memakan ikan ini untuk beberapa bulan. Mercuri diserap oleh ikan dan dan ia memerlukan satu jangka waktu untuk mengeluarkannya  secara semulajadi dari tubuh.

Merkuri tersebar ke udara melalui pencemaran. Merkuri adalah berbentuk  cecair dari logam. Ketika ia meresap ke dalam air,  ia akan bertukar menjadi metil merkuri. Ikan dan kerang menyerap racun merkuri ini melalui makanan mereka. Metil mercuri ini memberi kesan buruk terhadap  sistem saraf bayi dan kanak-kanak.

Makanan Laut Yang Mentah

Makan makanan laut yang masih mentah dapat menyebabkan keracunan karana ia mengandungi bakteri berbahaya, virus atau parasit seperti cacing pita, toksoplasmosis dan salmonella (sejenis cacing). Keracunan makanan mungkin boleh membahayakan bayi atau mungkin juga tidak, tetapi  yang pasti ia dapat membahayakan kesihatan ibu mengandung. Parasit akan mengambil kesemua nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi. Makanan laut yang dibekukan haruslah dibekukan dengan betul atau  dimasak dengan baik sebelum dimakan. Hal ini akan menghilangkan virus, parasit dan bakteri sekaligus ianya selamat untuk dimakan.

Ikan Tuna

Ikan tuna biasanya mengandungi kadar merkuri yang tinggi. Albacore atau tuna putih dan tuna steak memiliki kadar merkuri yang lebih tinggi iaitu hampir tiga kali  berbanding dengan tuna di dalam tin. Namun, terdapat had kadar pengambilan ikan tuna bagi ibu mengandung iaitu sebanyak 12 ons untuk tuna ringan dan 6 ons untuk albacore dalam seminggu. Had pengambilan ini tidak bagi ikan tuna di dalam tin dan juga tuna kuning serta tongkol.

Makanan Laut Yang Diolah

Ibu mengandung harus menghindari dari pengambilan natrium yang tinggi. Ini adalah kerana, ia dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah atau pembengkakan. Makanan laut yang diolah biasanya melibatkan penambahan garam seperti pada ikan masin. Hal ini sekaligus menjadikan kandungan natrium dalam makanan menjadi sangat tinggi.

 

Cadangan Kadar Pengambilan Makanan Laut 

Ibu mengandung boleh memakan 2 hingga 3 kali iaitu sebanyak 12 ons hingga 340 gram ikan dan kerang dalam masa seminggu. Berbagai jenis ikan dan kerang boleh dicampur seperti tuna di dalam tin, udang, ikan trout, herring, ikan teri, char, hake, mullet, haddock, ikan sungai, cod, nila, kerang, tiram, udang lipan, sardin, ikan putih dan salmon yang rendah kadar merkuri.

 

Bagaimana pula dengan makanan laut yang selamat buat ibu mengandung?

Kerang

Kerang dan juga udang perlu dibersihkan dan dimasak supaya selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung. Kerang adalah sumber protein dan omega 3 yang boleh membantu perkembangan bayi  terutama otak, sistem saraf dan mata. Ibu mengandung boleh mencuba membuat masakan bertumis menggunakan makanan laut sebagai cara untuk memakan makanan laut. Anda juga harus berhati-hati dalam pengambilan kerang kerana ia mengandungi  beberapa bahan tercemar seperti PCB (polychlorinated biphenyls), dioxin, dan pestisida.

Ikan Salai

Makanan laut seperti ikan salai kaya dengan nutrisi yang diperlukan ketika mengandung. Ia mengandungi vitamin A dan vitamin D serta protein. Vitamin A dan vitamin D ini terdapat dalam minyak hati ikan. Ia juga salah satu sumber yang kaya dengan vitamin B kompleks terutamanya B6 dan B12. Ikan salai adalah selamat dimakan ketika mengandung jika ikan tersebut tidak mentah. Parasit akan mati ketika ikan disalai.

Anda harus ingat bahawa terdapat sesetengah makanan laut mengandungi bakteri listeria kerana ia dapat menyebabkan listeriosis di mana ia adalah suatu keadaan yang  berbahaya ketika mengandung. Penyakit ini dapat menyebabkan keguguran dan komplikasi lain yang berhubungan dengan kehamilan.

Ikan Berminyak

Ikan berminyak seperti herring, pilchards, makarel, sarden dan salmon merupakan sumber lemak esensial yang diperlukan untuk ibu mengandung. Ia adalah sumber yang baik dari pelbagai jenis vitamin penting seperti kalsium, nutrisi dan omega 3 yang amat diperlukan untuk perkembangan bayi dan ibu. Antara ikan jenis berminyak ialah pilcards, tuna segar, belut, salmon, herring, makarel, trout, sarden, kippers, ikan teri dan ikan masin.

Sushi

Sushi mungkin selamat untuk dimakan. Sushi diperbuat dari ikan yang dibekukan terlebih dahulu. Membekukan ikan dapat membunuh parasit seperti cacing pita. Ikan mentah yang digunakan untuk membuat sushi harus dibekukan dalam suhu kurang dari 20 darjah Celsius dan dalam waktu kurang daripada  24 jam. Penggunaan ikan segar untuk sushi adalah berisiko ketika mengandung. Sushi yang diperbuat dari ikan salmon salai tidak perlu dibekukan, kerana asap akan membunuh parasit pada ikan.

Lain-lain

Minyak ikan kaya dengan omega 3 yang juga membantu wanita ketika kehamilan. Hal ini adalah kerana minyak ikan dapat mengurangkan risiko berbagai komplikasi seperti persalinan awal, tekanan darah tinggi dan keguguran.

Semoga perkongsian ini amat berguna buat para ibu semua.

Kredit foto: 4.bp.blogspot.com/-BBfG63b8kSM/UdwKiQpz4JI/AAAAAAAAAHQ/7MoYpLnj7J8/s1600/fresh-fishes.jpg

<< Ketahui kepentingan bantal ibu mengandung atau maternity pillows di sini.

Previous post

Diet Mudah Untuk Kuruskan Badan

Next post

Ketahui Risikonya Apabila Anda Kurang Tidur. Jangan Ambil Mudah!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *