FamiliPermata Hati

10 Kebaikan Membedung Bayi

Bedung bayi - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto:mudpie

Bedung Bayi, Membedung bayi adalah satu amalan lama bertujuan agar bayi tidak bergerak dan kesejukan.Ia dipercayai dapat membantu bayi tidur dengan selesa tanpa gangguan luar.

Sebenarnya bayi dibedung untuk memberi suasana yang sama ketika mereka di dalam perut.Jika anda masih tidak membedung bayi dengan cara yang betul, ia boleh menyebabkan si kecil menjadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka.Ada beberapa teknik membedung untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya. Awas! Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.

 

Baca Juga: Tanda Bayi Demam Campak

 

Cara Bedung Bayi

  1. Letakkan helain kain lampin atau kain bedung. Kemudian lipat sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.
  2. Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.
  3. Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya. Masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan pusing ke belakang bayi.
  4. Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.
  5. Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakang di sebelah kiri.

*Pastikan bedungan itu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

 

Baca Juga: Punca Bayi Menangis Malam

 

Teknik Bedung Bayi

  1. Teknik Bedungan Moden

Teknik bedungan moden menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.

 

  1. Teknik Bedungan Tradisional

Teknik bedungan tradisional ialah teknik lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung yang diperbuat daripada kain kapas.

 

Kebaikan Bedung Bayi

  1. Membantu bayi tidur lebih lena.
  2. Memudahkan bayi anda cepat tidur.
  3. Mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak disebabkan bunyi bising di sekeliling mereka.
  4. Membantu untuk meluruskan kaki bayi. Hal ini untuk mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’ atau ‘kengkang’.
  5. Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan.
  6. Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa.
  7. Mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
  8. Bayi merasa hangat seperti di dalam kandungan ibunya.
  9. Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.
  10. Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila bayi dibedung.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketika trik mudah supaya anak anda rajin menggosok gigi di sini.

 

Previous post

Ketahui 1001 Rahsia Warna Lipstik Anda

Next post

Jangan Gentar Harungi Cabaran Di Permulaan Perniagaan!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *