4 Tips Penting Putihkan Ketiak Hitam
Kredit Foto: d.fastcompany
Ketiak Hitam. Sebagai wanita, tentunya kita ingin memiliki kulit ketiak yang putih dan bersih.Jika kulit ketiak berwarna hitam atau sedikit gelap sudah tentulah kita rasa macam tak ‘best’.Lebih-lebih lagi, bila memakai pakaian tanpa lengan!
Jadi, sebab itulah sedaya upaya dilakukan oleh wanita agar kulit ketiaknya tidak nampak gelap. Salah satunya adalah dengan cara mencukur bulu ketiak tersebut. Cara ini merupakan salah satu cara yang mungkin serasi bagi sesetengah wanita, sebab ramai juga yang selepas mencukur bulu ketiak tersebut, warna kulit ketiaknya bertukar menjadi lebih gelap.
Kulit ketiak menjadi gelap sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya sel kulit mati yang telah berkumpul pada kawasan tersebut. Sebenarnya tidak sukar untuk mengatasi masalah ketiak hitam ini, jadi jom semak tips memutihkan kulit ketiak.
1.Pilih Deodorant
Kebanyakan wanita pasti menggunakan deodorant, sebab ia dapat mengatasi masalah bau pada kulit ketiak. Ini adalah kerana ketika kita berpeluh kawasan ketiak akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi, untuk mengatasi masalah ini ramai yang menggunakna deodorant.
Namun, ada yang perlu anda ketahui, jika anda tersalah memilih atau menggunakan deodorant maka kulit ketiak akan menjadi hitam. Ia disebabkan oleh bahan deodorant yang tidak sesuai dengan kulit anda. Maka, pilihlah deodorant yang sesuai dengan kulit ketiak anda dan paling penting, tanpa bahan kimia berbahaya.
2. Pilih Pisau Cukur
Nampak pelik jika mana-mana wanita tidak mencukur bulu ketiaknya, apatah lagi jika dia memakai gaun tanpa lengan yang akan memperlihatkan bulu ketiaknya. Jadi, mencukur bulu ketiak adalah sesuatu yang normal buat wanita.
Bagi anda yang sering mencukur bulu ketiak, sebaiknya perhatikan pisau cukur yang digunakan. Jangan sampai anda menggunakan pisau cukur yang sudah tumpul. Perkara ini juga akan mempengaruhi perubahan warna pada kulit ketiak anda. Di samping itu, anda juga tidak disarankan mencabut bulu pada kulit ketiak anda kerana ia boleh menyebabkan sel kulit mati.
Baca Juga: Mencukur Bulu Ketiak
Minyak kelapa kaya dengan vitamin E dan sering dimanfaatkan untuk kecantikan. Jika minyak kelapa dikombinasikan dengan vitamin C, lalu diaplikasikan pada kulit ketiak ia akan membuatkan kulit ketiak jadi semakin memutih. Ini adalah kerana minyak kelapa dapat menjaga kelembaban pada kulit ketiak, sehingga kulit tersebut menjadi tidak cepat kering dan menghitam.
4. Guna Produk Pemutih Ketiak
Ini merupakan pilihan terakhir untuk memutihkan ketiak anda dengan cepat, iaitu menggunakan produk pemutih ketiak. Kebanyakan salon kecantikan ada menawarkan produk pemutih ketiak, tetapi apa yang perlu anda perhatikan adalah kandungan yang terdapat pada pemutih ketiak tersebut. Jangan sampai anda terbeli produk pemutih ketiak yang mengandungi bahan kimia berbahaya kerana ia akan meninggalkan kesan sampingan yang tidak baik buat kesihatan anda.
Tips Ekstra!
Putihkan Ketiak Hitam Dengan Cara Semulajadi
* Campurkan dua sudu besar yogurt tanpa rasa (plain) dengan beberapa titis lemon, gunakan sebagai scrub di kulit ketiak yang hitam. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian basuh. Lakukan setiap hari.
* Campurkan air perahan limau nipis bersama 1 sudu teh kapur sirih. Campuran ini disapu di ketiak selepas mandi, 2 dua kali sehari. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas hingga bersih.
* Ubi kentang boleh menghilangkan bintik-bintik hitam dari wajah dan juga berkesan sebagai cara memutihkan kulit ketiak. Kisar sebiji ubi kentang hingga halus, dan sapukan terus ke kulit ketiak. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas hingga bersih.
Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini.
<< Ketahui 6 jenis makanan sihat untuk mengatasi kulit kering di sini.
No Comment