Ketahui Penyebab Anak Anda Kerap Terkencing Di Malam Hari
Foto: tbo
Kencing malam atau terma perubatannya Enuresis adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa sedar semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas umur 5 atau 6 tahun.
Menurut kajian, 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.Kajian di Malaysia menunjukkan masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga12 tahun masih lagi kencing malam.
Penyebab Kerap Kencing Malam
- Ruang pundi kencing yang kecil.
- Gangguan tidur.
- Kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
- Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Komplikasi Akibat Kencing Malam
- Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dikalangan kanak-kanak.
- Perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik.
- Menyebabkan masalah sosial.
- Tekanan dalam keluarga.
Rawatan & Cara Atasi
- Ubat membantu anak anda kekal kering semasa tidur, dapatkan bantuan doktor mengenai perkara ini.
- Jangan salahkan anak anda. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
- Kawal pengambilan minuman di waktu petang dan malam.
- Bangunkan anak anda di tengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
- Gunakan lapik tilam yang kalis air.
<< Ketahui kebaikan pemakaian bedung untuk bayi anda di sini.
Related Posts
Tags:Kerap Kencing Malam
No Comment