Selera

Resepi Cekur Manis Udang Kering

Cekur Manis - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: wikimedia

Cekur Manis. Ia adalah sayuran tradisional dari keluarga Euphorbiaceae. Ia adalah tumbuhan renek dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Batang tidak mudah bercabang kecuali dicantas.Pada batang terdapat ranting ranting lateral pendek dan daunnya tumbuh secara berselang seli hingga ke hujung.Daun cekur manis beraroma sedikit bila diramas, buahnya globos berukuran1.5sm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan.

Cekur manis juga dipanggil sayur pucuk manis mempunyai warna hijau gelap dan banyak ditanam di Asia Tenggara, India,Sri Lanka dan selatan China.Cekur manis kaya dengan karbohidrat, lemak, asid amino, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2 dan C.]

Cara Menanam Cekur Manis

Cekur manis dibiakkan melalui keratan batang yang berkayu keras, sepanjang 20 cm boleh ditanam terus ke batas atau dibiakkan di dalam polibag yang diisi tanah campuran. Batas disiapkan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang batas bersesuaian dengan kawasan penanaman.

Cekur manis memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organik yang tinggi. Pokok cekur manis akan bercabang banyak apabila dicantas. Ia boleh bertahan dalam 8 hingga 10 tahun dengan penjagaan yang sempurna.

 

Baca Juga: Cara Menanam Cili Dalam Pasu

 

Resepi Cekur Manis Udang Kering

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  • Tumbukkan lada hitam, kunyit hidup, kelapa parut dan udang kering.
  • Mayangkan bawang merah dan putih.
  • Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bermula dengan rempah, bawang dan kelapa.
  • Kemudian masukkan cekur manis ke dalam masakan tadi.
  • Gaul hingga sebati.
  • Tambah garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Tutupkan api dan siap untuk dihidangkan.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Dapatkan Resepi Puding Jagung yang cukup lazat di sini.

Previous post

4 Manfaat Terapi Ikan Untuk Kesihatan Manusia

Next post

Nasi Punca Anda Gemuk?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *