Ketahui Cara Memilih Wallpaper Ruang Tamu Untuk Kediaman Yang Tidak Luas
Foto: reisurso
Melangkah sahaja masuk ke rumah, melihat dinding yang hanya berwarna tanpa corak, lama kelamaan pasti akan membuatkan anda berasa bosan, kan?
Apa kata, cuba sesuatu yang lain untuk menaikkan rona hiasan ruang tamu anda. Anda boleh mengambil inisiatif dengan mereka dinding ruang tamu dengan pelbagai pilihan wallpaper yang menarik dan cantik.Pelbagai model wallpaper ruang tamu mempunyai corak, motif, dan warna wallpaper yang berbeza-beza sehingga membuat dinding kelihatan lebih hidup.
Tips Memilih Wallpaper Ruang Tamu
- Keluasan Ruang Tamu
Faktor keluasan ruang tamu berperanan, seperti untuk ruang tamu kecil, anda boleh menggunakan wallpaper dengan garis mendatar agar bilik kelihatan besar. Sebaiknya tidak memilih motif besar untuk ruang sempit. Untuk ruang tamu yang luas, pilih wallpaper yang berwarna gelap atau hangat. Bilik akan terkesan hangat dan selesa.
Pemilihan warna juga penting kerana boleh mempengaruhi perasaan penghuni terhadap ruang tamu. Jadi anda harus memilihnya dengan tepat dan terperinci kerana warna yang terlalu banyak akan membuat kesan berlebih pada ruang tamu dan juga boleh menimbulkan rasa tidak selesa.
- Kepentingan Wallpaper
Putuskan sama anda ingin memasang wallpaper di seluruh ruang tamu atau hanya sebahagian sahaja.
- Pemilihan Motif Wallpaper
Permainan motif wallpaper boleh membuat ruang tersebut tampil lebih menarik. Jika ruang tamu anda berkonsep moden, anda perlu memilih motif yang kelihatan moden agar ruang tamu anda lebih hidup.
- Jenis Wallpaper
Wallpaper ruang tamu pula terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang sukar dijaga dan anda pula yang mudah dijaga. Sebaiknya anda memilih jenis yang mudah dijaga dan tidak merosakkan dinding ruang tamu anda.
Bahan Wallpaper Ruang Tamu
- Foil & Textile
Tidak sesuai digunakan jika anda mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan, wallpaper jenis ini agak sukar dibersihkan.
- Vinly
Wallpaper ruang tamu berbahan vinly mudah dibersihkan dan memiliki daya tahan yang tinggi terhadap udara lembab.
Kelebihan Memakai Wallpaper Ruang Tamu
- Tahan lama
Wallpaper boleh tahan sekitar lima hingga 10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar dan kekal cantik.
- Menutup rekahan tembok dan kecacatan dinding
Jika rumah anda mempunyai rekahan yang agak ketara, cat agak susah untuk menutupnya kecuali menggunakan penampal terlebih dahulu. Jadi, wallpaper sangat membantu untuk mengatasi masalah ini.
- Mudah dibersihkan
Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.
- Kerosakan boleh dibaiki
Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan.
- Wallpaper memberi texture menarik
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan jadi lebih berseri dan menghasilkan efek yang lebih menawan untuk ruang kediaman.
<< Ketahui tips menata ruang tamu agar nampak lebih luas di sini.
1 Comment
[…] Wallpaper Ruang Tamu | Women Online Magazine… rona hiasan ruang tamu anda. Anda boleh mengambil inisiatif dengan mereka dinding ruang tamu dengan pelbagai pilihan wallpaper yang menarik dan cantik …pergi ke laman web […]