Ada Apa?Buletin

Dugro(R) Menobatkan 280 Bintang Muda Dugrostar!

Dugro - women online magazine

Dugro® adalah jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar.Inovasi terbarunya, Dugro® dengan 5 Nutrisi, membantu menyokong tumbesaran pelbagai dimensi keseluruhan pada kanak-kanak yang termasuk lima aspek tumbesaran utama,iaitu minda, tulang, imuniti, penghadaman dan kecergasan.

Dugrostar™, merupakan wadah seni persembahan pertama yang dianjurkan oleh Dugro® dan acara terbesar dalam meraikan bakat-bakat muda di Malaysia.Program ini telah memberi ratusan kanak-kanak peluang untuk menunjukkan bakat mereka pada acara finale yang telah diadakan di pusat membeli-belah di tujuh buah negeri – membuktikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi bintang.

Pada finale tersebut, para peserta peringkat akhir telah mempamerkan secara langsung persembahan mereka yang terbaik dalam siri persembahan secara langsung. Sama ada menyanyi,menari atau bermain alat muzik, seramai 280 bintang muda telah memikat hati para juri dan orang ramai dengan persembahan yang bertenaga serta menghiburkan bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM175,000.

“Cukup terharu melihat kanak-kanak tersebut. Nampaknya mereka benar-benar mencurahkan bakat dan begitu bersungguh-sungguh dalam persembahan mereka. Ia sangat mengagumkan dan kami telah menemui ramai kanak-kanak yang berbakat secara holistik,” kata Cik Monique Suryokusumo, Pengarah Pemasaran, Danone Dumex Malaysia .

“Kami amat berbesar hati kerana diberi kesempatan ini untuk berkongsi rasa bangga yang dirasai oleh semua ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kami berharap semua ibu bapa akan terus menggalakkan kualiti bintang yanga da pada diri anak-anak mereka. Tak kira apakah impian yang menjadi pilihan mereka.”

Panel juri Dugrostar™ terdiri daripada pakar kanak-kanak seperti Cik Ruth Liew, Pengarah Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia dan Pakar Perkembangan Kanak-kanak; En Zaid Mohamad, Kolumnis, Penulis Buku Terlaris, Perunding Keibubapaan; dan sepasukan profesional seni persembahan yang berpengalaman dari Blubricks, pusat pertuturan dan drama yang diketuai oleh En. Az’farr Baginda, Pengamal Teater, Pendidik dan Pengetua Blubricks.

<< Baca juga sindrom kematian bayi tersedak susu di sini.

 

 

 

Previous post

Rahsia Kecantikan Berkekalan Dengan SK-II

Next post

8 Idea Kreatif 'Souvenir’ Perkahwinan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *