Sambutan Bulan Play-Doh® Julung Kali Ini Bakal Bentuk Komuniti Ceria
Play-Doh®.Cipta ukiran Play-Doh®, daftar untuk ‘kelas memasak Play-Doh®’ dan jadi sebahagian daripada cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!
Lebih 50 tahun, Play-Doh® telah mengilhamkan kreativiti, penggunaan imaginasi dalam permainan dan pembelajaran untuk kanak-kanak dari semua lapisan masyarakat – hari ini, Hasbro Malaysia dengan bangganya mengumumkan buat julung kalinya Bulan Play-Doh® untuk meraikan kepelbagaian komuniti Malaysia dengan acara penuh keseronokan untuk seisi keluarga!
Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor Highstreet 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari Play-Doh® – dari ukiran dan ‘kek’ kepada nombor dan huruf di roadshow sambutan Bulan Play-Doh®.
Jangan terlepas peluang untuk menyertai cubaan memasuki The Malaysia Book of Records untuk mencapai jumlah ukiran Play-Doh® yang paling banyak dibuat dalam masa satu hari pada 26 September (Sabtu), dari 10pagi.
Jika berjaya, semua ciptaan Play-Doh® akan dipamerkan kepada seluruh rakyat Malaysia sementara rekacipta yang paling kreatif akan memenangi hadiah Play-Doh® menarik!
<< Ketahui enam kaedah kreatif mengajar anak membaca di sini.
No Comment