Ada Apa?Buletin

Sahutlah Cabaran Listerine 21 Hari Untuk Anda Jadi Lebih Sihat & Menyerlah

Kesihatan Mulut 2 - Woman Online Magazine

Kempen menyeronokkan yang menawarkan fakta dan nasihat holistik tentang kesihatan mulut, nutrisi dan kecerdasan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat peningkatan diri.Menurut pakar-pakar, ia mengambil masa 21 hari untuk membentuk dan mengamalkan suatu tabiat baharu dan kini Listerine mencabar rakyat Malaysia untuk memulakan tabiat yang sihat dan amalkannya sepanjang tempoh 21 hari!

Tujuan “Cabaran Listerine 21-Hari” adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat dan optimum termasuklah kesihatan mulut yang menyeluruh dalam tempoh tiga minggu dengan melakukan perubahan kecil yang berkesan dengan penuh kesungguhan. Bak kata pepatah: “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”!

“Dengan Cabaran Listerine 21-Hari ini, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih peka terhadap kesihatan mulut dan diri secara keseluruhannya dan mengambil langkah untuk memulakan transformasi diri! Kali ini, kami mencabar rakyat Malaysia untuk berusaha melakukan perubahan sebenar dalam pelbagai aspek kesihatan, sama ada kesihatan mulut, nutrisi dan kecerdasan untuk menjadikan mereka insan yang lebih sihat dan menyerlah,” kata Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia.

“Mengamalkan tabiat mudah seperti berkumur dengan pengkumur mulut selama 30 saat dua kali sehari boleh membawa kesan yang besar dalam jangka masa panjang. Kajian yang diumumkan baru-baru ini semasa Hari Kesihatan Mulut Sedunia mendedahkan bahawa 78.1% tidak sedar atau tidak pasti bahawa memberus gigi hanya membersihkan 25% mulut mereka sahaja. Cabaran Listerine 21-Hari diharapkan akan dapat mengubah dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya kesihatan mulut holistik dan rutin penjagaan mulut menyeluruh dengan bukti menjadikan mulut lebih sihat,” tambah beliau.

Transformasi dalam Cabaran Listerine 21-Hari terhadap kesihatan mulut adalah terbukti secara klinikal:

  • Hari pertama: Nafas lebih segar (Listerine terbukti membunuh 99.9% kuman yang menyebabkan nafas berbau)
  • Hari ke-7: Gigi lebih bersih yang boleh dirasai (Pengguna merasakan Listerine menjadikan mulut lebih bersih dan segar berbanding hanya dengan memberus sahaja)
  • Hari ke-14: Gusi lebih sihat (Pengguna mendapati peningkatan ketara dalam kesihatan gusi selepas dua minggu)
  • Hari ke-21: Gigi lebih kuat (Listerine merangsang penyerapan flourida dan menguatkan permukaan gigi selepas tiga minggu)

Anda Sememangnya Boleh!

Kajian menunjukkan jika anda boleh memecahkan matlamat yang besar kepada langkah-langkah yang kecil dan mudah tercapai, membiasakan diri dengan langkah tersebut dan mendapat motivasi daripada komuniti dan pakar-pakar akan membantu membentuk tabiat positif dalam hidup anda. Justeru itu, kempen ini juga akan menampilkan pelbagai tip dan tunjuk ajar daripada pakar nutrisi dan pemakanan sihat Sarah Dussault dan jurulatih kecerdasan Cassey Ho dari Amerika Syarikat yang bakal dikongsikan melalui laman web Listerine AS.*

Mulakan dengan tip nutrisi dan kecerdasan ini:

  • Makanlah sarapan setiap hari untuk mencergaskan tubuh anda, dan pilih makanan yang sesuai seperti telur rebus untuk membuatkan anda kenyang lebih lama pada waktu pagi. – Sarah Dussault
  • Untuk mengelak dari makan terlalu banyak atau makan snek yang tidak sihat – jangan melebihi 3 jam sebelum memakan sesuatu. Sediakan snek yang sihat seperti kekacang, sayuran dengan sos sihat seperti epal dengan mentega kacang dan bebola/kepingan protein buatan sendiri. – Sarah Dussault
  • Bersenam selama 10 minit setiap hari akan membantu memberikan anda rangsangan tenaga untuk sepanjang hari. Jadualkan senaman mingguan anda dengan mencatatkannya kerana ini akan membantu memantapkan komitmen anda dan menyukarkan anda terlepas senaman tersebut. – Cassey Ho
  • Di tempat kerja, aturkan beberapa mesyuarat di luar pejabat supaya anda sentiasa aktif dan tidak hanya duduk di meja anda sepanjang hari. – Cassey Ho

<< Ketahui tips mencegah masalah bau mulut di bulan puasa di sini.

 

 

Previous post

Sayur Asparagus Bukan Sahaja Enak, Malahan Banyak Manfaatnya Buat Kesihatan

Next post

Tips Hilangkan Selulit Dengan Mudah & Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *