Ada Apa?Buletin

Dugro ® Lancarkan Kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’ Bersama Chef Anis Nabilah

Chef Anis Nabilah 2 - woman online magazine

 

Kempen Baru Bersama Chef Anis Nabilah Untuk Berkongsi Masakan Kreatif Bagi Menginspirasikan Perkembangan Menyeluruh Kanak-Kanak.

Baru-baru ini Dugro® telah melancarkan kempen baru ‘Lebih Lagi Nutrisi’ untuk menekankan pentingnya nutrisi kanak-kanak untuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Bersama dengan chef selebriti dan jurucakap kempen ini, Anis Nabilah, Dugro® mempelawa ibu-ibu di seluruh negara untuk menjadikan waktu makan lebih berkhasiat dan menarik untuk si manja supaya memupuk tabiat pemakanan yang sihat sejak usia muda.

Dugro® dan Anis Nabilah memulakan kempen dengan sesi interaktif ‘Lebih Lagi Nutrisi bersama Anis Nabilah’ eksklusif untuk para ibu dan anak, disusuli dengan roadshow ke seluruh negara, ‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di halaman Facebook Dumex Dugro® serta promosi pengguna Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dari 17 Ogos hingga 18 Oktober. “Misi Danone Dumex Malaysia ialah memberi kesihatan melalui nutrisi kepada lebih ramai kanak-kanak di Malaysia, dan kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti nutrisi dalam produk kami, seperti Dugro® 5 NUTRI, untuk memberikan lebih pilihan kepada para ibu untuk menyokong nutrisi anak-anak mereka. Tambahan pula, kami komited dengan inisiatif kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi Dugro®’ untuk menyebarkan mesej bahawa perkembangan menyeluruh kanak-kanak adalah amat penting, dan kami akan berkongsi beberapa petua dalam aspek ini,” kata Cik Christy Yong, Pengurus Kanan Pemasaran, Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

“Kali ini, kami gembira kerana mendapat sokongan padu daripada chef selebriti Anis Nabilah yang akan berkongsi petua menyediakan hidangan makanan yang berkhasiat dengan cara yang menarik dan kreatif.”

Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja mengesyorkan kanak-kanak mengambil dua hingga tiga hidangan susu dan produk susu untuk melengkapkan diet harian kanak-kanak. Jadi ibu-ibu juga boleh memenuhi keperluan nutrisi anak-anak mereka dengan susu untuk membesar.Dugro® 5 NUTRI dirumus dengan 100% lebih DHA, prebiotik lcFOS untuk menyokong kesihatan sistem penghadaman yang baik serta protein, kalsium dan vitamin A untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berbanding dengan rumusan sebelumnya

Menerusi pengalamannya mengacarakan program masakan Icip-Icip di saluran Asian Food Channel’s (AFC), Enak Tradisi RTM1 dan Sesedap Rasa RTM2, Chef Anis berkata, “Saya percaya adalah penting untuk makan secara sihat dan seimbang sejak kecil untuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Terima kasih kepada Dugro®, saya sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman saya di dapur dengan ibu-ibu untuk membantu ibu-ibu memupuk tabiat pemakanan yang sihat untuk anak-anda anda. Di samping menyediakan pelbagai jenis makanan, saya juga percaya persembahan makanan tersebut akan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak.

Kita menjamu dengan mata kita dahulu. Jadi, bagi ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang berkhasiat, gunakanlah jenis makanan yang berbeza dari segi warna dan tekstur dan susunkan makanan menjadi seni makanan yang ringkas untuk menarik minat kanak-kanak untuk makan. Ini akan menjadikan waktu makan bagi anak-anak lebih mudah.“Melibatkan kanak-kanak dalam penyediaan makanan di dapur juga dapat membantu. Sebagai contoh, biarkan anak anda memilih seni makanan yang mereka suka misalnya muka lucu, rumah, pokok, rama-rama dan tunjukkan mereka bagaimana Bekas Nutrisi Dugro® boleh digunakan untuk mempersembahkan idea seni makanan ini dengan cara yang kreatif!”

Jadilah sebahagian daripada Kempen Dugro® ‘Lebih Lagi Nutrisi’!

Dugro® mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan:

  1. Roadshow ‘Dunia Lebih Lagi Nutrisi dengan Dugro®’ di seluruh negara akan berlangsung di lebih daripada 50 lokasi di seluruh Malaysia dan memaparkan permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis!
  2. Roadshow ini juga akan memaparkan promosi eksklusif – dapatkan koleksi Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dengan setiap pembelian dua pek 900g Dugro® 5 NUTRI! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Di samping itu, petak berasingan di dalam bekas itu juga boleh digunakan untuk menghidangkan makanan dengan cara yang kreatif.
  3. Dari 31 Ogos hingga 11 Oktober, ibu-ibu juga berpeluang menyertai ‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di mana mereka boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan idea seni makanan sendiri dan memenangi hadiah-hadiah hebat! Ambil gambar karya seni masakan anda itu dan muat turunkan gambar tersebut pada halaman Facebook Dugro®,

“Kesemua usaha ini mempunyai satu matlamat – untuk menginspirasikan dan membantu ibu-ibu memberikan lebih lagi nutrisi kepada anak-anak mereka untuk pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh,” kata Cik Christy Yong, Pengurus Kanan Pemasaran, Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

<< Ketahui kebaikan melatih bayi berenang di sini.

 

Previous post

Resepi Nasi Ayam Hainan

Next post

Mesti Cuba! 4 Cara Halau Nyamuk

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *