Ada Apa?Buletin

Kotex® Perkenalkan Rangkaian Kotex® Soft & Smooth Baharu & Lancarkan Kempen ‘Beat the Gush’

Kotex® Soft & Smooth - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Perlindungan semasa haid amat penting bagi wanita. Bukan sahaja untuk menghalang kebocoran tetapi menangani aliran haid yang tidak diduga.

Situasi ini tentu sahaja boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang wanita. Rangkaian Kotex® Soft & Smooth baharu yang dilancarkan bersama kempen ‘Beat the Gush’ [‘Tangani Aliran Tidak Diduga’] membantu meredakan kerisauan ini, menyakinkan wanita bahawa aliran tidak diduga bukan lagi masalah bagi mereka!

Kotex® Soft & Smooth Baharu Kini Menampilkan Ciri-Ciri:

  • Rapid Absorb Core untuk membantu menyerap aliran banyak terus dari sumber untuk perlindungan maksimum dalam apa jua situasi.
  • Lapisan Micro-Dri Cover dengan lebih daripada 3,000 lubang mikro untuk penyerapan yang lebih pantas dan berkesan
  • Infinity Lock System dengan rekaan pengadang dan alur dalam, memberikan perlindungan kebocoran sekeliling.

Aliran haid tidak diduga adalah perkara yang sering berlaku ketika datang bulan terutamanya dengan pergerakan secara tiba-tiba. ‘Serangan’ ini biasanya membawa kerisauan untuk memastikan tiada kebocoran dan menjadikan wanita merasa tidak selesa dan kurang yakin untuk menjalankan tugasan harian mereka.

“Setiap wanita pastinya pernah mengalami aliran haid tidak diduga dan Kotex® berbangga dapat menawarkan penyelesaian kepada masalah umum ini dengan Kotex® Soft & Smooth baharu supaya kaum wanita dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih yakin!” kata Aileen See, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.

“Sebagai peneraju dalam penjagaan wanita, Kotex® amat memahami bahawa kehidupan ini pasti mengalami ‘aliran tidak diduga’ atau perkara yang tidak dijangkakan tetapi kita tidak sepatutnya membiarkan masalah ini mengganggu aktiviti bersama teman-teman, tugasan penting atau masa bersama keluarga. Kesimpulannya, wanita yang berkeyakinan tidak akan membiarkan diri terhalang dari mana-mana rintangan hidup dan sekarang Kotex® Soft & Smooth baharu dapat membantu mengatasi salah satu rintangan tersebut!”

Turut memberi sokongan kempen Kotex® ‘Beat the Gush’ adalah wanita berkeyakinan yang mengecapi kehidupan sepenuhnya tanpa membenarkan sebarang masalah, termasuklah aliran tidak diduga, menghalang mereka! Mereka adalah selebriti Diana Danielle, pengguna Instagram popular Qistina Shah (@sqistinashah ) dan Low Ngai Yuen dari WOMEN:girls, pertubuhan tidak berasaskan keuntungan untuk memperkasakan wanita dan gadis dalam menghargai potensi dan mencapai impian mereka.

Diana yang berkongsi pandangan tentang kempen ini menjelaskan: “Saya sentiasa sedar tentang pentingnya menjadi contoh yang positif bagi wanita Malaysia kerana wanita berdepan dengan cabaran yang unik. Sesetengahnya tidak dapat diduga, dan ini memberikan kekusutan untuk beberapa jam, hari atau berminggu-minggu. Walaupun begitu, saya percaya kita mampu terus kuat dan dapat mengharungi apa sahaja, terutama sekali dengan sokongan orang tersayang. Bagi saya ‘Beat the Gush’ mempunyai maksud yang lebih mendalam dan saya percaya ia adalah sikap positif luarbiasa yang akan membantu wanita berjaya mengharungi saat-saat tidak diduga dalam kehidupan mereka.”

Low, Pengasas dan Presiden WOMEN:girls dan aktivis yang telah lama memperjuangkan isu wanita berkata: “Saya sentiasa menyokong sebarang kempen untuk memperkasakan keyakinan golongan wanita dan menjadi dorongan kepada wanita Malaysia di semua peringkat umur, memandangkan kita semua mempunyai kekuatan dalaman serta rasa simpati yang mendalam. Kita hanya memerlukan suatu landasan untuk mengutarakan isi hati kita dan melakukan perubahan positif dalam kehidupan kita dan wanita lain.”

Banyak yang turut boleh dipelajari tentang kekuatan dan semangat dalaman melalui media digital – Qistina adalah contoh individu penuh keyakinan. “Sebagai seorang pengguna Instagram yang aktif, saya bercerita melalui gambar dan saya suka berkongsi imej yang menggambarkan keyakinan. Seperti juga gadis lain, aliran haid tidak diduga adalah perkara yang amat tidak selesa bagi saya yang saya rasa sering kali disenyapkan. Saya bersyukur kerana Kotex® kini ada penyelesaiannya dan juga memberikan kami peluang untuk berbincang secara terbuka dan yakin!” jelasnya.

Tontonilah video berikut:

Mari kita tangani aliran tidak diduga bersama!

<< Ketahui lebih lanjut cerita Bengkel Jom Sihat & Cantik yang ditaja oleh Yeo's dan Kotex (goodies bag) di sini.

Previous post

Punca Gusi Berdarah Sewaktu Memberus Gigi

Next post

Jus Manggis Cegah Pertumbuhan Sel Kanser?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *