Ada Apa?Buletin

‘Beat Soldier Strong’ Juara Asian Battleground 2015

kumpulan tarian - woman online magazine

Kumpulan Tarian Dari Jepun, ‘Beat Soldier Strong’ Yang Juga Merupakan Peserta Termuda Untuk Asian Battleground 2015 Dijulang Sebagai Juara Pertandingan Tarian Jalanan Asia Terbesar!

Manakala, kumpulan tarian dari Taiwan iaitu ‘IP Lockers’ memenangi anugerah ‘Persembahan Terbaik’ dan menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.Memasuki tahun ke-2 penganjuran, Asian Battleground 2015 kini kembali lebih hebat dengan penambahan lokasi uji bakat serantau, serta pengekalan format yang sama seperti Astro Battleground. Selain daripada, kumpulan dari Jepun dan Taiwan, terdapat 11 lagi kumpulan tarian yang hebat mewakili Asia seperti Viva Clam (Korea), X-Clown (Vietnam), Nocturnal Dance Company (Filipina), Sketchers All Star (China), Mix’em up (Thailand), Exversion Crew (Brunei), Team Magic (Singapura), King Botics (Hong Kong), GOG Crew (Indonesia) dan finalis Astro Battleground 2015 yang mewakili Malaysia iaitu ‘Kidiotics’ dan ‘Death Notz’.

Pertandingan pada malam tersebut, dimulakan dengan persembahan yang unik beserta gerak tari yang hebat dan lincah daripada 13 orang penari dari seluruh Asia untuk melayakkan diri ke pusingan empat penjuru. Kumpulan tarian dari Taiwan, ‘IP Lockers’ yang terdiri daripada 8 orang jejaka telah pun mendahului pusingan pertama. Mereka berjaya membuat semua penonton teruja dengan memakai topeng muka berwarna hitam ketika membuat persembahan dengan gerak tari yang kemas dan membuatkan mereka layak untuk mendapatkan markah tertinggi bagi meraih anugerah “Persembahan Terbaik”.

Sementara itu, ‘Viva Clam’, kumpulan tari wanita berasal dari Korea, telah mencuri perhatian penonton dengan persembahan mereka yang segar dan bertenaga. Juara pertandingan, ‘Beat Soldier Strong’ pula membuat persembahan yang menakjubkan pada pusingan pertama dengan gerakan tarian yang mengagumkan dan koreografi yang bertenaga seterusnya memukau perhatian penonton penonton dan juri-juri.

Selepas pusingan pertama berakhir, ‘Beat Soldier Strong’, ‘IP Lockers’, ‘Viva Clam’ dan juara Astro Battleground 2015, ‘Kidiotics’ beraksi ke pusingan Perlawanan Antara Kumpulan. ‘Beat Soldier Strong’ diundi untuk bertemu ‘Kidiotics, manakala, ‘IP Lockers’ pula bertemu dengan ‘Viva Clam’. Dengan adanya persaingan yang amat sengit , akhirnya ‘Beat Soldier Strong’ dan ‘IP Lockers’ muncul sebagai pemenang dan mara ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara Asian Battleground 2015.

kumpulan tarian 2 - woman online magazine

Kidiotics yang mewakili Malaysia dalam pertandingan ini mendapat tepukan yang amat gemuruh daripada penonton apabila berjaya menduduki tempat kedua pada pusingan pertama dengan mengenepikan 11 kumpalan lain yang cukup hebat.Kejayaan ini merupakan hasil daripada kerjasama berpasukan yang cukup kuat sesama mereka untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya, iaitu pusingan Perlawanan Antara Kumpulan. Walaupun mereka akhirnya tewas kepada kumpulan tarian dari Jepun, ‘Beat Soldier Strong’ semasa pusingan Perlawanan Antara Kumpulan, Kidiotics tetap memberikan persembahan yang amat baik dan ianya menjadikan sebuah kebanggaan Malaysia.

Persaingan di peringkat akhir juga meyaksikan bahang kehangatan diantara ‘Beat Soldier Strong’ and ‘IP Lockers’. Penguasaan dari segi irama dan koreografi oleh ‘Beat Soldier Strong’ telah pun berjaya mengangkat kumpulan tersebut sebagai juara walaupun mereka merupakan kumpulan yang termuda dalam kalangan 13 pasukan tarian yang lain.Ketika ditemui selepas pertandingan berakhir, keempat-empat orang ahli kumpulan tarian tersebut dengan purata umur 15 tahun itu mengakui bahawa mereka memandang ‘IP Lockers’ sebagai pesaing terbesar mereka dalam pertandingan ini.“Kumpulan tarian dari Taiwan merupakan pesaing terhebat mereka kerjasama berpasukan dan teknik tarian yang sangat bagus. Tetapi kami tidak berputus asa malah konfiden bahawa jika kami mampu untuk layak ke pusingan ‘Perlawanan Antara Kumpulan’, maka kami mempunyai peluang yang amat besar untuk menang kerana kami sememangnya battle dancers,” kata mereka dengan gembira.

Dikemudi oleh seorang ratu cantik yang kini pengacara, Trisha Kuck dan penari tanah air, Dennis Yin, Asian Battleground 2015 menampilkan barisan juri terkemuka, termasuklah guru-guru tarian terkenal antarabangsa – Funky Lia (Korea), Chun Hsiang (Taiwan), Yiu (Hong Kong), Vince (Filipina) dan pakar tarian Japan’s House Pino Shige. Manakala, bintang tarian Hip Hop Los Angelas, Sorah Yang dan koreografer terkenal Mike Follorina merupakan juri jemputan.

Asian Battleground 2015 diterbitkan oleh Astro Ben Di Quan dengan sokongan MY FM sebagai radio rasmi dan Digi sebagai penaja utama. Juara Asian Battleground 2015 ‘Beat Soldier Strong’ membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi, pemenang bagi anugerah “Persembahan Terbaik”, ‘IP Lockers’ memenangi RM20,000 tunai.

<< Ketahui 5 cara mengatasi kesedihan hidup di sini.

 

 

 

Previous post

Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Pagi Hari

Next post

Ketahui Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah Dengan Mengunakan ‘Steam Facial’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *