Eratkan Silaturrahim Dengan Listerine®
Gaya hidup moden masa kini buatkan anda jadi sibuk sehingga tak sempat berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan yang jauh di mata.
Sempena kedatangan Hari Raya ini, apa kata anda mengambil kesempatan mengeratkan silaturrahim dengan mereka bersama produk Listerine® dalam kempen “Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®”
Kempen tersebut mengingatkan kita betapa keriangan dan perayaan tidak akan lengkap tanpa ahli keluarga dan sahabat handai. Setiap ucapan salam boleh disampaikan melalui facebook jenama penjagaan mulut tersebut.
Menariknya kempen ini bukan sekadar kempen biasa kerana ia turut bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sempena kedatangan Aidil Fitri. Setiap ucapan salam yang dihantar melalui facebook mereka, pihak Listerine® akan menderma RM1 untuk menghantar kanak-kanak Rumah Kasih Harmoni untuk balik kampung sempena perayaan ini.
Semoga dengan sedikit bantuan kita kanak-kanak ini mampu berjumpa keluarga mereka sempena Hari Raya ini. Menurut Jamal Wahab, Pengetua/Pengurus Rumah Kasih Harmoni ada sesetengah kanak-kanak tersebut memang miskin hingga sudah empat tahun tidak mampu balik ke kampung.
Sementara itu jangan abaikan kebersihan dan penjagaan mulut anda sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini. Tatkala bertemu dengan ahli keluarga dan sahabat handai pastikan anda yakin dengan kebersihan mulut yang boleh direalisasikan dengan penggunaan Listerine® Natural Green Tea yang rasa ringan tapi berkesan.
Produk baharu ini mengandungi dos fluorida dua ganda berbanding variasi Listerine® yang lain dan minyak esensial dan kebaikan teh hijau asli untuk menguatkan enamel gigi dan mencegah gigi berlubang.
“Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®” mengingatkan kita bahawa keriangan dan perayaan tidak akan lengkap tanpa ahli keluarga dan sahabat handai. Apatah lagi perayaan ini adalah untuk bermesra dengan orang tersayang, melafazkan kesyukuran kepada ibubapa. Listerine® Natural Green Tea memberikan keyakinan untuk bergaul mesra dengan orang tersayang. Tidak kira sama ada bersua muka atau menghantar ucapan melalui alam siber, Listerine® memudahkan anda mendekatkan diri dengan orang tersayang.
Jika anda menghantar ucapan salam melalui laman Facebook Listerine®, anda juga membantu kanak-kanak kurang berkemampuan balik kampung agar mereka dapat meraikan Hari Raya bersama keluarga.
<< Kongsi kegembiraan lapan pemenang bertuah Peraduan Kotex® ‘1 Minute Time-Out’. Klik di sini.
No Comment