Ada Apa?Buletin

Serlahkan Keharuman Lux Magical Spell Sehingga 8 Jam, Anda Pasti Berpuas Hati!

Lux Magical Spell 3 - woman online magazine

Lux Magical Spell.Keharuman yang kekal daripada wangian eksklusif Lux mampu meningkatkan keyakinan wanita.

Jenama kecantikan ikonik, Lux mencetus inspirasi buat kaum wanita supaya keluar dari zon selesa mereka untuk tampil lebih menyerlah dan menawan. Rangkaian Lux Magical Spell merupakan kegemaran ramai yang mampu menawarkan pengalaman mandian yang mewah dan memberikan keharuman yang memikat.

Lux Magical Spell memberikan keharuman yang kekal sehingga 8 jam sekaligus menjadi inspirasi kepada para pengguna Lux untuk keluar dari zon selesa dan tampil menyerlah dan menawan – terutamanya kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

 

Kehadiran bunga Orkid Hitam yang mengasyikkan dalam Lux Magical Spell mempesonakan mereka yang ada di sekeliling. Rumusannya daripada penghasilan Minyak Juniper yang di adun sempurna bersama kayu kehitaman, ambar emas dan tumbuhan biji vanilla yang berfungsi untuk memberikan keharuman yang menyerlah dan mengekalkan wangian sehingga 8 jam sekaligus membangkitkan keyakinan dalam diri mereka untuk memberikan pengalaman baru untuk tampil menyerlah dan menawan.

“Lux Magical Spell bukan hanya diadun bersama not haruman untuk mengekalkan keharuman sehingga 8 jam malah ia juga suatu haruman yang mampu mencetuskan keazaman dan keyakinan yang tinggi dalam diri wanita. Keharuman tersebut menggambarkan kesediaan mana-mana wanita yang ingin serlahkan diri agar kembali tampak menawan dan menarik.” Kata Chong Yen nee, Ketua Pengurus Jenama Kanan Kategori Kulit, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd.

“Dengan keharuman yang menyerlah setiap kali selepas mandi, Lux Magical Spell memberikan inspirasi yang sempurna, menjadikan peminat Lux bersedia untuk memilih sesuatu yang mencabar dan lebih menyerlah dalam membuat pilihan warna pakaian yang lebih menarik, kasut yang lebih menggoda atau warna gincu yang lebih menyerlah. Pemilihannya ini akan membuatkan dirinya begitu jauh berbeza dan lebih mempersona ke mana saja dia melangkah,” tambah Yen Nee.

Sempena pelancaran Kempen Lux Tampil Serlah dan Menawan Sehingga 8 Jam, Lux Magical Spell bergabung bersama Juliana Evans, pelakon terkenal, model dan pengacara televisyen di Malaysia.Juliana Evans, yang menjadi tetamu selebriti istimewa di acara ini ialah peminat setia Lux. Beliau juga begitu dikenali kerana sentiasa tampak menyerlah dan jelita dalam menggayakan pelbagai fesyen. Juliana juga berkongsi rahsia dan petua kepada para wanita untuk tampil menyerlah, anggun, berani dan berkeyakinan pada setiap masa. Ikon fesyen yang sofistikated itu juga turut membantu beberapa penulis blog yang dipilih oleh Lux menjalani sesi tatarias tampil menyerlah dan menawan – bersama solekan dan gaya fesyen yang berbeza dari zon selesa, tetapi masih mampu membuatkan mereka begitu menyerlah.

Lux Magical Spell - woman online magazine

Lux turut bekerjasama bersama ZALORA, destinasi fesyen ‘online’ terkemuka di Asia dan SUB International School of Beauty and Make up melakukan sesi tatarias yang istimewa dan transformasi dalam membantu para penulis blog ini untuk mengubah penampilan dan mencipta serlahan pada gaya seharian mereka dan kecantikan dengan keyakinan baru. Bagi Kempen Tampil Menyerlah dan Menawan selama 8 jam ini, Lux telah menganjurkan satu bengkel sensasi haruman untuk membolehkan setiap individu memulakan perjalanan untuk tampil menyerlah dan menawan menerusi 3 langkah mudah pengalaman mewah dengan menggunakan setiap titisan sentuhan Lux pada span mandian dan busa berbuih yang mengeluarkan haruman eksotik Lux Magical Spell.

Setiap penulis blog tersebut kemudiannya menjalani sesi tatarias dengan membuat perubahan penampilan yang baru dan wajah masing-masing yang menyerlah manakala rambut mereka juga diberi sentuhan gaya yang menarik. Seorang penata gaya fesyen telah memilih dua pakaian yang sesuai dan tampak menyerlah dari ZALORA untuk melengkapkan penampilan baru mereka yang menyerlah dan menawan termasuk fesyen berhijab bagi penulis blog yang mengenakan tudung.Penulis–penulis blog tersebut tidak dibenarkan melihat perubahan penampilan diri mereka sehinggalah sesi tatarias selesai. Mereka seterusnya juga menjalani sesi penggambaran yang serba glamor.

Juliana Evans berkata, “Saya rasa ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan untuk menjadi sebahagian daripada Kempen Tampak Menyerlah dan Menawan Sehingga 8 Jam bersama Lux ini serta menjadi sebahagian daripada pasukan yang memberikan penampilan baru yang diinspirasikan menerusi Lux Magical Spell.

Saya memang meyukai Lux Magical Spell kerana ia membuatkan saya berasa setiap mandian itu suatu kepuasan – ianya begitu membelai diri dan mewah. Perasaan itu yang saya dambakan setiap kali saya mandi, Haruman ini benar-benar membuatkan saya rasa menyerlah dan menawan sepanjang hari.”

 

Harum Bersama Lux Magical Spell

Langkah Satu: Lux. Basahkan span di bilik mandi dan tuangkan sedikit Lux Magical Spell pada span mandian.

 

Langkah Dua: Span Mandian

Gosok span mandian dengan lembut untuk menghasilkan buih yang banyak dan mewah, dan nikmatilah haruman yang menyerlah dan memikat daripada Lux Magical Spell.

 

Langkah Tiga: Busa Buih.

Sapukan buih mewah ke serata badan dan biarkan harumannya yang menawan mendakap kulit dan deria anda!

<< Ketahui kebaikan dan kelebihan mandi susu di sini.

 

 

Previous post

5 Tips Berhadapan Dengan Suami Pemalas

Next post

7 Khasiat Buah Strawberry Yang Pasti Buat Anda Terpegun!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *