Hari Terakhir Tengok Motor-Motor Besar! Jom Ke Sana!
Motor Berkuasa Tinggi. Anda penggemar motor besar ataupun motor berkuasa tinggi? Jika ya, jangan lepaskan peluang terbaik ini.
Masih belum terlambat untuk anda turut serta memeriahkan 3rd Malaysia 2 Wheels Festival (Malaysia’s Biggest Indoor Exhibition for Bikers and Cyclists) iaitu satu-satunya acara permotoran yang cukup hebat.
Acara ini sudah berlangsung sejak 3 Disember lalu, dan berakhir pada hari ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ya. 3rd Malaysia 2 Wheels Festival yang bertemakan Rides Of The Future memaparkan segala aktiviti permotoran.
Selain terdapat promosi dan jualan sepanjang hari, orang ramai boleh melihat moto bike/ rxz group/mini mechanic workshop dan moto filem Azura 1984.
Di samping itu, anda juga boleh menyaksikan Perlancaran KLMCC Bike Club oleh YB. Dato’ Jailani Johari bersama En. Don Nazwin Don Najib –Timbalan YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia serta Perlancaran Johny Pag : Malibu motor oleh YB. Dato’ Jailani Johari bersama En. Joseph Tu – Pengarah Maverick Machine Sdn Bhd.
Jom, kita meriahkan Malaysia 2Wheels Festival 2015 bagi menyemarakkan aktiviti pelancongan, sukan, seni dan budaya di Malaysia.
Jumpa anda di sana!
No Comment