Ada Apa?Buletin

Kecohnya! Bila Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen Seliter

Harga Ron95 - women online magazine

Aduh, harga minyak kereta naik lagi! Itulah ayat pertama yang terkeluar apabila berita kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel tersebar.

Penggumuman telah dbuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam kelmarin telah mengundang pelbagai cerita dan rasa. Namun, pihak berwajib punya alasan yang tersendiri berkaitan kenaikan harga minyak tersebut.

Katanya, pada masa ini kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. Oleh itu, harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Manakala untuk harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam usaha mentransformasi ekonomi negara untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Malah kerajaan juga yakin langkah ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara bagi menghadapi cabaran ekonomi global serta memastikan kemakmuran negara dalam jangka panjang. .Malah,kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Sementara itu,KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar termasuk pelancong asing, akan turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan. Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara. Kerajaan juga sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.Sehubungan dengan itu,kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:

  • Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
  • menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015
  • Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.

Kredit foto: tasit

<< Mencari-cari tempat yang baik untuk bersantai dengan rakan-rakan anda atau ahli keluarga? Jom ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Baca di sini.

Previous post

Anda Sering Sakit Kepala? Mual, Pedih Perut Dan Kerap Sendawa Angin? Itu Petanda Gastrik!

Next post

Proton Iriz Ramai Yang Terpikat!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *