Ada Apa?Buletin

Ketahui Rahsia Di Sebalik Rambut Sihat, Segar Umpama Dandanan Di Salon

Philips KeraShine 2 - woman online magazine

Nikmati sentuhan profesional dalam dandanan rambut di rumah-rangkaian Philips KeraShine menangani trauma haba dengan menambah nutrien bagi menghasilkan rambut yang lembut, anggun pada setiap dandanan.

Bukan suatu rahsia bahawa diva dalaman diri anda inginkan rambut yang didandan sempurna setiap hari, namun penggayaan yang kerap boleh merosakkan rambut anda. Bagaimanakah jika terdapat alat perapi rambut yang menggabungkan dandanan dengan penjagaan rambut?Philips telah membangunkan rangkaian penggayaan rambut Philips KeraShine yang menjawab persoalan tersebut. Diterapkan bersama keratin dan ion-manfaat yang diperlukan rambut – rangkaian tersebut merangkumi berus dandanan berhaba, pelurus dan pengering rambut.

Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia berkata, “Setiap wanita menginginkan rambut yang cantik setiap hari kerana mereka sedar bahawa penampilan memberi kesan terhadap perasaan diri mereka. Namun demikian, kami ketahui bahawa penggayaan yang kerap boleh merosakkan rambut.

Dalam satu kajian yang ditugaskan Philips , majoriti 51% dan 34% wanita tempatan masing-masing menyatakan bahawa kerosakan rambut merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka tidak memiliki atau menggunakan alat pengering dan penggayaan rambut dengan sendiri.

Pada masa yang sama, wanita juga mahu peralatan penggayaan rambut yang ditawarkan selamat dan mudah digunakan. Ini telah mendorong kami menghasilkan rangkaian Philips KeraShine baharu, menggabungkan penggayaan rambut bersama penjagaannya. Gabungan teknologi ionik membolehkan anda mencapai sebarang gaya rambut yang diimpikan, pada masa yang sama menambah semula aras keratin dan mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan bebas kerinting halus.”

Penyelidikan pengguna itu juga mendedahkan bahawa rambut luruh, kelemumur dan kekeringan adalah merupakan masalah rambut yang masing-masing dialami 57%, 38% dan 29% responden. Sungguhpun demikian, ekoran kesedaran terhadap gaya dan trend daripada pasaran antarabangsa, wanita-wanita Malaysia sentiasa menyesuaikan penampilan mreka untuk mengikuti trend semasa.

Sebanyak 70% daripada wanita tempatan mengunjungi salon-salon rambut untuk mendapatkan penampilan tersebut, di samping mendapatkan rawatan rambut mereka. Melibatkan aspek perlindungan haba, penyuburan rambut dan pengurangan kerinting halus, rangkaian Philips KeraShine membenarkan anda mendandan rambut tanpa merosakkannya. Kini anda tidak perlu lagi mendedahkan mahkota wanita anda terhadap stres yang tidak perlu bagi mendapatkan rambut yang diingini – sama ada gaya semulajadi, beralun, kerinting mahupun lurus.

Magik Dalam Keratin

Ditemui dalam gading, telapuk dan bahagian plat balin paus, serta kuku manusia, keratin merupakan salah satu protein paling kukuh. Dibina daripada rantaian peptida berliku panjang, keratin wujud dalam helaian rambut – memberikan tekstur fleksibel, mudah lentur dan kilat yang sihat. Ia juga mampu bertahan daripada perubahan suhu yang besar, memberi perlindungan kepada rambut daripada kesejukan yang menusuk ke tulang atau panas yang terik. Secara ringkas, keratin merupakan komponen magis yang memastikan rambut anda terus kelihatan anggun dan seksi.

Berfungsi Bersama Rambut Anda,Bukan Menentangnya

Caj positif yang wujud dalam rambut secara semulajadi menjadikan setiap helaian menolak antara satu sama lain, menghasilkan rambut yang berkerinting halus. Rangkaian penggayaan Philips KeraShine memaparkan perlindungan bersadur seramik bersama Keratin bagi penjagaan rambut yang lebih baik. Saduran tersebut menangani kerosakan haba dengan menyediakan keratin pada rambut, walaupun ketika penggayaan. Dalam cara tersebut, anda akan setiasa mengekalkan rasa keratin yang sihat dalam rambut – menyerlahkan penampilan semulajadi rambut ada. Digandingkan bersama teknologi penjagaan ionik, ia akan memberikan anda rambut yang licin dan berkilat.

Memperkenalkan rangkaian Philips KeraShine

Menyediakan kedua-dua penjagaan dan penggayaan rambut, rangkaian Philips KeraShine menawarkan yang terbaik dalam kedua-dua dunia dan menghasilkan dandanan rambut umpama penggayaan profesional setiap hari.

Berus Penggayaan Ionik Philips KeraShine HP8632/00

Dandanan dengan penjagaan untuk menghasilkan alunan yang lembut dan licin – Gelung 45mm dengan salutan keratin memberikan hasil yang berpanjangan. Bersama-sama penjagaan ikonik, anda akan memperoleh rambut yang bersinar dan bebas kerinting halus. Dua tetapan suhu penggayaan disediakan bagi memenuhi keperluan jenis rambut berbeza dan mengurangkan kerosakan rambut, pada masa yang sama menghasilkan kerinting dengan lembut. Sebagai tambahan, brisel boleh tarik mengelakkan trauma tarikan rambut bagi mewujudkan pengalaman mesra rambut dan mudah!

Pelurus Rambut Philips KeraShine HP8316/00

Luruskan rambut di antara plat-plat seramik yang dilengkapi teknologi ionik dan saduran keratin untuk rambut yang lembut dan cantik. Plat-plat besar tersebut hanya memerlukan 60 saat untuk mencapai suhu 210°C – suhu penggayaan oleh jurudandan profesional – meluruskan rambut tebal dan panjang tanpa kerosakan.

Pengering Rambut Philips KeraShine HP8216/00

Keringkan rambut anda dengan pantas dan tanpa kerosakan mahupun kerinting halus. Teknologi Pengagihan Haba Sekata Philips yang inovatif dengan rekaan unik outlet udara bersalut keratin memastikan haba diagihkan dengan sekata agar tiada tompok-tompok panas. Pengering rambut Philips KeraShine menangani segala risiko trauma haba dan melindungi lapisan keratin dalam rambut dengan dua tetapan suhu yang fleksibel – ciri-ciri Thermoprotect dan tetapan udara sejuk untuk pengeringan yang lembut. Turut diterapkan penjagaan ionik, pengering rambut ini menyingkirkan kerinting halus dengan efektif. Pengering rambut ini memastikan rambut sentiasa berkilat, sihat dan melantun.

Berikan Rambut Anda Kasih Sayang

Dengan peralatan yang sesuai, menguruskan mahkota wanita anda dan mendapatkan rambut yang licin bersinar adalah mudah. Sains terkini di sebalik penggayaan rambut Philips KeraShine memastikan helaian yang hangus dan suram serta berserabut tidak lagi menjadi isu.

<< Ketahui lima cara menyuburkan rambut agar tidak bercabang di sini.

 

Previous post

Cili Merah Bukan Sekadar Meningkatkan Nafsu…

Next post

Singkap Rahsia Personaliti Di Sebalik Pelukan Suami Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *