Ada Apa?Buletin

Proton Iriz Ramai Yang Terpikat!

Proton Iriz - women online magazine

Anda sedang mencari kereta yang mudah untuk dikendali, mempunyai ciri kenderaan yang lain daripada yang lain?

Tentunya ini berita yang baik kerana Proton telah memperkenalkan satu model baru keluarannya. Ia merupakan sebuah kereta kompak yang juga dikenali sebagai PCC (Proton Compact Car) yang diberi nama Iriz. Proton Iriz memperlihatkan beberapa perkara yang mampu buat anda kagum. Salah satu perkara yang hadir bersama-sama dengan kereta kompak baharu ini adalah sokongan sistem inforia yang telah dikemas kini. Ia dilihat membawakan sedikit perbezaan berbanding inforia yang menggunakan Android pada Suprima S sebelum ini.

Proton Iriz turut menyertakan sokongan peta terbina yang berfungsi sebagai GPS. Di samping itu terdapat juga Bluetooth, radio dan pemain media. Nampaknya Proton telah menekankan sistem inforia ini  agar boleh digunakan sebagai Wifi Hotspot bagi membolehkan penumpang lain menggunakan internet ketika dalam perjalanan. Sebelum ini PCC atau P2-30A ini lebih dikenali dengan nama GSC (Global Small Car), Iriz merupakan model gantian Savvy. Ia menjadi model terbaru Proton bagi bersaing dalam segmen B bersama dengan Perodua Myvi, Suzuki Swift, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz dan Peugeot 208.

Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE. Sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik. Buat pertama kalinya, Proton turut memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) pada model PCC ini. Usah risau tentang haraga kerana harganya adalah sekitar RM40,000 sehingga RM60,000. Satu paras harga yang dianggap agak tinggi namun memperlihatkan apa yang ditawarkan, ternyata ia masih dianggap murah dan berbaloi dalam segmen B.

 

Infotainment, Navigasi & Kamera Undur.

  • Skrin sesentuh: Kelihatan lebih kemas dan mudah. Agak berlainan daripada sistem infotainment yang terdapat dalam Proton Suprima S
  • Keupayaan sambungan Bluetooth dan USB
  • Keupayaan WiFi hotspot
  • Navigasi satelit: Navigasi tanpa internet
  • Kamera undur dengan kotak panduan: Kamera baru ini kelihatan lebih baik daripada kamera undur model Proton sebelum ini.
  • Interior serba hitam yang kelihatan eksklusif

 

Interior & Keselamatan

  • Butang start atau stop enjin
  • Vehicle Dynamic Control
  • 6 airbags (dua di hadapan, sisi , “langsir”)
  • ASEAN NCAP 5 bintang: Seperti Proton Suprima S sebelum ini, Proton Iriz juga telah mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam ujian Asean NCAP dan ANCAP (Australia).

 

Enjin, Transmisi & Ekonomi bahan api

  • Enjin VVT : Enjin VVT (Variable Valve Timing) baru Proton ini boleh didapati dalam size 1.3L dan juga 1.6L, menggantikan keluarga enjin Campro yang sudah berjasa sekian lama. Diharapkan enjin ini betul-betul memberikan apa yang rakyat perlukan, iaitu ekonomi bahan api yang mantap.
  • Vehicle Dynamic Control:  Semua dalam satu. VDC Proton merangkumi ABS, EBD, TCS, ESH, HBA dan HHA.
  • Transmisi:  Manual 5 kelajuan MT+ atau Automatik CTV2+
  • Smart Alternator: Sistem pengecasan Alternator pintar berupaya mengawal output alternator untuk memastikan bateri sedang dicas dengan cekap dan hanya apabila diperlukan, mengurangkan emisi dan meningkatkan prestasi.

Proton Iriz boleh didapati dalam 7 pilihan warna iaitu, Citrus Green, Silver Moon Dust, Tranquility Black, Fire Red, Generic Silver, Atlantic Blue, dan Proton White. Seperti biasa, ia dibezakan dengan tiga tangga varian, iaitu Standard, Executive, dan Premium. Jangan silap ya, Proton Iriz 1.3 hanya boleh didapati dalam varian Standard dan Executive sahaja. Anda pasti boleh meneka bahawa segala macam “gadget” yang disebutkan selama ini hanya akan ada pada Proton Iriz 1.6 Premium.

WOM.my difahamkan bahawa Proton dengan murah hatinya memberi tiga tahun servis percuma, dan 5 tahun jaminan (atau 150,000KM). Semoga penerangan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat pilihan!

Kredit foto: caradvice

<<  Baca juga kehebatan kereta Perodua Axia di sini.

Previous post

Kecohnya! Bila Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen Seliter

Next post

Ghairah Kanta Lekap.Taksub Nak Nampak Comel, Sanggup Tanggung Risiko Mata Rosak!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *