Bahang Sambutan Hari Wanita 2015 Kian Terasa
“Raikan Kegemilangan” merupakan tema Hari Wanita Kebangsaan 2015 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 24 Ogos akan datang.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Sri Rohani Abdul Karim, setiap tahun, tema tertentu telah dipilih sebagai fokus utama terhadap pembangunan dan kemajuan wanita pada tahun berkenaan. Jadi, acara sambutan akan diselaraskan dengan tema yang dipilih.Tema yang dipilih untuk tahun ini “Raikan Kegemilangan” dikatakan amat bersesuaian bagi menterjemah wanita sebagai tunjang atau tulang belakang dalam membantu merealisasikan impian dan cita-cita negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial.
Menurut Rohani lagi, adalah amat penting untuk memberi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa yang diberikan oleh wanita dalam memastikan kestabilan dan kemajuan sesebuah dan membentuk negara yang berwawasan dan berdaya maju.
Malahan Rohani juga berpendapat, wanita mampu menjadi penyumbang kepada kebaikan negara sekiranya pengamalan budaya yang cemerlang, ketepatan, berilmu, tabah, berintegriti, setia, bijaksana serta berinovasi di amalkan di dalam apa jua lapangan yang diceburi. Bahkan, peranan wanita dalam aspek pembangunan negara juga amat penting kerana disebalik kelembutan wanita itu tersiratnya satu ketabahan yang mampu menyumbang kepada kemajuan dan keharmonian negara.
Tambah Rohani lagi, sikap memandang enteng kepada keupayaan wanita adalah tindakan yang tidak tepat pada masa kini. Beliau yang mewakili Kementerian berpesan kepada wanita Malaysia agar mampu menjadi penyumbang kepada kebaikan negara sekiranya pengamalan budaya yang cemerlang, ketepatan, berilmu, tabah, berintegriti, setia, bijaksana serta berinovasi di amalkan di dalam apa jua lapangan yang diceburi.
Rohani turut berharap agar Sambutan Hari Wanita akan dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi menghargai wanita dan meneruskan legasi kecemerlangan wanita di negara ini.
Untuk info selanjutnya sila Layari facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No Comment