Ada Apa?Buletin

Berbelanja Sambil Beramal Bersama The Batik Boutique!

Ibu Tunggal - Women Online Magazine 1

Usaha murni syarikat perdagangan bebas The Batik Boutique memberi peluang kepada golongan miskin, ibu tunggal dan kurang berkemampuan untuk meningkatkan kualiti taraf hidup mereka melalui penjualan barangan hasil kraftangan berasaskan batik.

Menurut Amy Blair, pengasas The Batik Boutique, Objektif The Batik Boutique adalah menggunakan pendekatan holistik bagi meningkatkan nasib kehidupan wanita tunggal serta keluarga mereka. Setiap hasil penjualan barangan The Batik Boutique akan disalurkan terus kepada wanita-wanita yang juga terlibat secara langsung dalam penghasilan produk tersebut. Selain itu, hasil keuntungan sebanyak 20% akan didermakan kepada badan-badan kebajikan di Malaysia.

“Saya sangat gembira melihat tranformasi kehidupan keluarga-keluarga kurang berkemampuan menjadi lebih baik. Terima kasih kepada para pelanggan The Batik Boutique yang membantu dalam usaha mencapai transformasi ini,” tambah beliau lagi.

Ditubuhkan pada tahun 2010, idea The Batik Boutique tercetus dengan harapan untuk membantu seorang ibu tunggal menyara kehidupan sekeluarga. Sejak itu, usaha ini telah membantu lebih 30 wanita yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang. Projek The Batik Boutique juga bertujuan untuk memperkenalkan karya seni batik ke seluruh dunia dan memartabatkan hasil warisan batik.

Ibu Tunggal - Women Online Magazine 2

Antara koleksi barangan yang dijual:

  • Sarung iPhone 5.Diperbuat daripada plastik tahan lama dengan corak batik lukis tangan dicetak secara digital.
  • Skaf kapas ‘voile’ batik (diwarnakan dengan tangan).Boleh dipakai sebagai selendang atau skaf.
  • Skaf stail infiniti. Dijahit dengan corak pusaran. Skaf ini sesuai dengan tema corak klasik berunsurkan gaya moden.
  • Beg tangan sutera (diwarnakan dengan tangan)Dihasilkan dengan corak hasil tangan ‘chanting’ atas sutera tipis 100%.
  • Beg tote besar. Beg tote yang sesuai digayakan ke pantai dan juga penggunaan seharian. Corak batik beg ini diperbuat daripada kapas yang diwarnakan dengan tangan dengan lapisan kain kanvas interior berwarna krim. Beg ini mempunyai poket dan tali PU kulit.
  • Planner tahunan buatan tangan Mempunyai format tarikh-tarikh kosong termasuk lembaran perancangan untuk 12 bulan, 24 senarai mesti-buat (to-do list), perancangan 60 minggu, 30 lembaran jurnal bergaris serta penanda reben.

<< Ketahui jenis-jenis pin tudung yang paling disukai oleh wanita masa kini di sini.

 

 

Previous post

7 Kebaikan Makan Telur Rebus Yang Mungkin Selama Ini Anda Tidak Tahu

Next post

8 Makanan Sihat Untuk Diet Yang Wajib Anda Nikmati

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *