Ada Apa?Buletin

Program ‘Voluntourism PUSPANITA IM4U @ Pantai Bagan Lalang’

bagan lalang - woman online magazine

Bagan Lalang.Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan ‘Voluntourism Puspanita IM4U @ Pantai Bagan Lalang’, Sepang Selangor.

Program tersebut merupakan salah satu program di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau “National Blue Ocean Strategy”(NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak Kerajaan, NGO dan swasta. Penyertaan program tersebut turut melibatkan beberapa pihak termasuk pihak PUSPANITA , Kementerian Pelancong dan Kebudayaan Malaysia serta agensi-agensi di bawahnya, IM4U,Majlis Bandaraya Sepang, Persatuan Homestay Selangor, Sepang Goldcoast Sdn Bhd serta para sukarelawan pelancong (‘Voluntourism’) yang terdiri daripada para pelajar daripada Institut Pengajian Awam dan Swasta.

Pada hari tersebut, pihak Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) mewakili bagi pihak KementerianPelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut mengundang rakan-raakan media untuk turut sama memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan dan kebudayaan serta juga program anjuran Kementerian ini.

Selesai perasmian program di Pantai Bagan Lalang itu, para peserta dibawa melawat ke Perpustakaan Bergerak, Booth Pameran dan Tapak Gotong-Royong. Sekitar jam 10.23 pagi, semua peserta mengikuti pula lawatan ke Tapak Kerja sukarelawan, di mana pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya aktiviti Voluntourism (Tapak acara di Avani Sepang Gold Coast). Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan 1 Malaysia Cultural & Heritage(Tapak Acara) serta aktiviti 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean( Persisir Pantang Bagan Lalang).

Sekitar jam 11.30, lawatan ke Perpustakaan Desa, di mana aktiviti mengecat dan mengemas telah dilakukan.Selesai sahaja sesi media yang diadakan untuk menerangkan program iM4U ini, barulah aktiviti Voluntourism dijalankan.Program yang cukup bermanfaat ini berakhir kira-kira jam 2 petang.

<< Ketahui 9 tempat menarik di Selangor di sini.

 

 

 

 

Previous post

6 Makanan Mencerdaskan Otak

Next post

6 Makanan Penyubur Untuk Cepat Dapat Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *