Ada Apa?X-Tra

6 Cara Mudah Menjimatkan Air

IWK jangan bazir air

Cara Menjimatkan Air. Tak dapat nak bayangkan jika sumber air punah dari muka bumi ini.

Tidak mustahil semua mahkluk hidup muka bumi ini termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan mati. Begitu juga dengan kita. Air adalah sumber alam semulajadi yang sangat penting bagi manusia.

Setiap hari kita memerlukan air untuk melakukan aktiviti seharian. Tak kiralah sama ada untuk minum, mandi, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya. Semuanya memerlukan air bersih.

Menyedari kepentingan air bersih bagi kehidupan kita, jelas membuktikan betapa pentingnya pengelolaan dan penggunaan air diberikan perhatian agar tidak menganggu kelestarian air dan bumi.Jangan buang sampah dan benda-benda yang tidak sepatutnya sembarangan.

Tahukah anda, pada setiap hari Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)  perlu memastikan saliran paip pembetungan bawah tanah tidak tersumbat akibat pembuangan sampah sarap, minyak beku dan sisa pepejal. Sebenarnya masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa pembuangan sampah secara sembarangan boleh menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan mengakibatkan limpahan di dalam premis atau lurang-lurang pembetungan.

Di samping itu, pihak IWK turut memastikan kumbahan dan sisa air daripada tandas, bilik mandi dan dapur dirawat terlebih dahulu dalam loji sebelum efluen (air terawat) dilepaskan kembali ke perairan seperti longkang atau sungai. Malahan, pada setiap hari juga mereka perlu memastikan loji olahan kumbahan awam beroperasi dengan efisien selama 24 jam sehari dan sepanjang tahun.

IWK Kumbahan

Jadi, mulai sekarang jangan buang sampah tak tentu hala dan jom kita sama-sama membudayakan penjagaan bumi dengan cara membuang sampah pada tempat yang sepatutnya demi kesejahteraan kehidupan di muka bumi.

 

Cara Mudah Menjimatkan Air

 1. Tutup paip air apabila menggosok gigi atau bercukur.

 

2. Kurangkan masa mandi anda daripada 15 minit kepada 7 minit.

 

3. Tutupkan air semasa anda mencuci atau bersyampu rambut.

 

4. Mandi dengan menggunakan air yang disimpan di dalam baldi atau kolah. Ianya lebih menjimatkan berbanding anda mandi dengan menggunakan air pancuran.

 

5. Sewaktu anda mencuci tangan, tutup paip air semasa anda menggosok tangan.

 

6. Gunakan mesin basuh pakaian dengan muatan penuh sahaja untuk menjimatkan air dan tenaga.

 

<< Ketahui cara terbaik untuk membuang minyak masak terpakai di sini.

 

Previous post

Dura Terpaksa Lahirkan Anak Luar Nikah

Next post

Ketahui 7 Jenis Minuman Kuruskan Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *